`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 20, 2014

‘Broker’, ‘barua’ curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Hadi

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak memandang ringan tindakan dua Adun PAS yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mendakwa ia taktik kotor pihak tertentu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September, 2014.  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak memandang ringan tindakan dua Adun PAS yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mendakwa ia taktik kotor pihak tertentu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September, 2014. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.
"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.
Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.
"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?
"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.