`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 12, 2014

GST akan sebabkan harga rumah meningkat 3 hingga 4%...


Dengan harga rumah yang ada sekarang inipun ramai diantara kita hanya 'Mampu Tengok' dari 'Mampu Milik' bagaimana pula jika harganya terus meningkat lagi?

Menurut Menteri-menteri dan juga pemimpin-pemimpin UMNO, GST tidak akan menyebabkan harga barangan yang sedia ada meningkat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ”Kita telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat,”

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula berkata “Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali.

Manakala Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain pula berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST enam peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

“Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.

“Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai,” katanya..

Tapi apahal pulak harga rumah akan naik kerana GST??


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangka harga rumah akan naik antara tiga hingga empat peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.

Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung pelaksanaan GST dalam sektor hartanah khususnya perumahan yang merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Kita mengalu-alukan pelaksanaan GST namun berharap pelaksanaan dibuat secara telus dan bijaksana bagi memastikan sebarang impak yang mungkin timbul kelak tidak membebankan pemaju serta pembeli secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian perumahan REHDA bagi tempoh separuh pertama 2014 di sini. Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Soam Heng Choon.

Mengulas lanjut, FD Iskandar berkata, kajian yang dijalankan REHDA mendapati sebanyak 85 peratus respondens (dalam kalangan pemaju hartanah di Semenanjung Malaysia) mengakui perniagaan mereka terjejas berikutan ‘langkah-langkah penstabilan’ pasaran hartanah yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Bajet 2014 lalu.

Justeru beliau berharap, kerajaan membenarkan semula pelaksanaan Skim Berjajaran Kepentingan Pemaju (DIBS) untuk pembeli rumah pertama berharga tidak melebihi RM400,000.

Kerajaan dalam Bajet 2014 melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri DIBS bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.

Kerajaan juga melaksanakan beberapa mekanisme kawalan iaitu melalui pengurangan Loan To Value (LTV) kepada 70 peratus sahaja bagi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya serta mengkaji semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).

FD Iskandar dalam pada itu turut berharap Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan meneliti semula syarat pinjaman perumahan kerana ramai pembeli khususnya pembeli rumah pertama sukar mendapatkan pembiayaan.

Beliau berkata, syarat pembiayaan perumahan yang ketat menyebabkan jualan sektor hartanah terutama kediaman berharga antara RM250,001 hingga RM500,000 menyusut pada separuh pertama 2014.

"Secara umumnya, para pemaju bersikap neutral dan pasimis terhadap unjuran industri hartanah bagi tempoh separuh kedua 2014 dan keadaan itu dijangka berterusan pada separuh pertama 2015," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.