`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 12, 2014

GST BENAR SUNGGUH TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT KERANA HARGA RUMAH NAIK BARU 6% ... KALAU RASA MAHAL JANGAN BELI!!!!!!



Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangka harga rumah akan naik antara tiga hingga empat peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.

Presiden REHDA merangkap orang Kuat UMNO Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.

Sebelum itu apa Najib Razak beritahu satu dunia?????

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bukan bertujuan membebankan rakyat.

Perkara itu diulangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada majlis penerangan perdana GST di ibu negara, hari ini.

Sebaliknya ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.

Kata beliau, kerajaan telah mengambil kira semua aspek termasuk bebanan rakyat sebelum melaksanakan GST.

“Ini bukan cukai tambahan. Ini ganti cukai jualan dan perkhidmatan. Banyak tidak sedar cukai pendapatan telah turun tahun depan untuk semua kumpulan. BR1M  juga dinaikkan tahun depan kepada tambahan RM300.”

Mengakui harga barang akan naik sedikit, namun penguatkuasaannya akan diperketat bagi memastikan tiada pihak yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Barang naik, tetapi sedikit 1.8%. Kerajaan akan tambah pegawai KPDNKK, kalau sesiapa naik harga, tolong beritahu,” katanya lagi.

Tambah beliau kerajaan telah mengkaji pelaksanaan GST sejak 30 tahun lalu. Beliau melihat pelaksanaannya penting sebagai reformasi sistem cukai agar lebih telus dan efisien.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.