`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 20, 2014

KEADILAN mohon mengadap Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 20 SEPT: KEADILAN akan memohon untuk mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam kenyataan media, Saifuddin berkata Biro Politik KEADILAN yang dihadiri pimpinan kanan bermesyuarat semalam lanjutan perkembangan terbaru mengenai isu itu.

 “KEADILAN mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah.

 “Oleh yang demikian, KEADILAN merafa’ sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah,” ujarnya.

 Bernama kelmarin melaporkan, istana Selangor akan mengumumkan nama menteri besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin, sebelum istiadat mengangkat sumpah.

 Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.