`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 15, 2014

Khalid pertahan kos RM7.8 juta ambil alih 3 syarikat konsesi air

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan pengambilalihan syarikat konsesi air yang melebihi RM7 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan pengambilalihan syarikat konsesi air yang melebihi RM7 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insider.Perjanjian Utama yang ditandatangani di antara Selangor dengan Putrajaya pada Jumaat lalu adalah konsisten dengan tawaran asal yang dibuat kepada empat syarikat konsesi air sejak tahun 2012, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran dua kali pada tahun 2013 dan 2014 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebanyak RM4.34 bilion, Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga) RM2.47 bilion dan Konsortium Abbas (Abbas) RM992.2 juta.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) yang masih belum dimuktamadkan pengambilalihannya sehingga kini diberikan tawaran berjumlah RM1.83 bilion.
Katanya, antara terma penting Perjanjian Utama ialah suntikan aset kerajaan negeri bernilai RM14.92 bilion ke dalam Air Selangor serta RM2 bilion dana daripada Putrajaya untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat konsesi air di Selangor.
Menurut Khalid, pemindahan aset air kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) adalah secara pegangan pajakan selama 45 tahun termasuk kesemua liabiliti seperti hutang air dan bon Syabas, Puncak Niaga dan Abbas berjumlah RM6.1 bilion bersama aset air milik syarikat konsesi.
Beliau berkata, lesen kemudahan dan lesen perkhidmatan akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Air Selangor.
"Loji Rawatan Air Langat 2 apabila siap kelak akan dipajakkan kepada Air Selangor bagi membolehkan ia dikendali oleh syarikat berkenaan," katanya.
Beliau turut memberi jaminan sebarang kenaikan tarif air pada masa hadapan akan dilakukan pada kadar berpatutan di bawah kawalselia SPAN dan hanya melalui persetujuan kerajaan negeri.
Katanya, pengambilalihan ini menyebabkan tiada lagi situasi keuntungan berlapis bagi syarikat konsesi air serta mengelakkan kenaikan tarif air sebanyak 82% yang sepatutnya berlaku di antara tahun 2009 dan 2015 seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.
Selain itu, sebahagian saham Air Selangor katanya akan ditawarkan kepada umum selepas selesai penstukturan dan setelah syarikat berkenaan menunjukkan rekod keuntungan yang baik.
"Penstrukturan semula industri air Selangor memberi banyak manfaat kepada rakyat kerana isu beban hutang dan bon industri air diselesaikan secara muktamad dan hanya satu syarikat iaitu Air Selangor yang akan mengendalikan rawatan dan pengagihan air demi perkhidmatan air lebih cekap dan kompetitif," katanya.
Sementara menunggu projek Langat 2 siap sepenuhnya, Khalid berkata pihaknya akan mengutamakan program untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water), meningkatkan keupayaan dan bekerkesanan aset air dan membanteras isu kekurangan air terawat.
Pada masa yang sama, program pengukuhan sumber bekalan air mentah melalui “Hybrid Off River Augmentation System” (Horas) 600 dan Horas 3000 akan diteruskan, katanya.
Mengulas mengenai butiran Perjanjian Utama, katanya dokumen itu akan didedahkan kepada umum tertakluk kepada Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor dengan kerjasama Putrajaya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.