`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 19, 2014

Lagi post FB biadap, hina NegaraKu

Kecamannya itu telah mengundang reaksi kurang senang oleh pengguna FB yang lain kerana dianggap tidak menghormati lagu Kebangsaan Malaysia.
Hina1PETALING JAYA: Sikap biadap seorang pengguna Facebook (FB) yang mengecam lagu Kebangsaan, lagu NegaraKu yang dimainkan di pawagam seluruh negara ini telah mengundang kemarahan pengguna sosial di media tersebut.
Seorang wanita yang menggunakan ID Tenashar Low baru-baru ini telah memuat naik statusnya dengan mengecam tindakan memasang lagu NegaraKu sebelum bermulanya tayangan di pawagam.
Namun kecamannya itu telah mengundang reaksi kurang senang oleh pengguna FB yang lain dan kebanyakkannya menyelar tindakan Tenashar kerana dianggap tidak menghormati lagu Kebangsaan Malaysia.
Tenashar juga memuat naik statusnya itu dengan merujuk artikel salah sebuah portal berita baru baru ini sebagai kapsyen statusnya.
Tenashar memuat naik statusnya dengan berkata ‘Kerajaan telah menganiaya saya setiap hari, Adakah sekarang mereka minta saya menghormati mereka dengan berdiri semasa lagu (NegaraKu) yang penuh penipuan dimainkan? Sudahlah saya membayar harga tiket (wayang) yang termasuk cukai A, cukai B dan cukai C? Saya cuma ingin menikmati filem yang ditonton, kepada mereka yang menyalahkan orang lain yang tidak berdiri, adakah anda fikir negara mengancam adalah suatu yang baik? Bodoh),” tulisnya di Facebook.
Rata-rata pengguna lain di FB menyelar status yang dimuat naik oleh Tenashar. Seorang pengguna di FB yang menggunakan ID Nor Islahiah Muhammed berkata ‘Tak puas hati dengan Kerajaan Malaysia tapi yang kau hina negara Malaysia tu kenapa,” soalnya.
“Tak suka pemerintah Malaysia sedia ada, undi je la parti lain masa pilihanraya. Tapi kalau tak suka negara sendiri, sila gunting MyKad tu dan pindah ke negara lain,” tegasnya.
Pengguna lain yang menggunakan ID Kanaga Valli pula memberi pendapat yang berbeza dengan berkata jangan salahkan bangsa Cina. Salahkan sikap dan tindakan individu itu sendiri.
“Bukan semua Cina bermasalah, tiada kaitan dengan bangsa, tiada semangat patriotisme. Jadi sistem pendidikan perlu menanam sikap cintakan negara. Setiap individu tidak kira Melayu, Cina, India atau lain -lain perlu mempunyai sikap cintakan negara,” ujarnya.
Sebelum ini juga banyak portal-portal di media melaporkan segelintir rakyat Malaysia yang tidak berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan di pawagam kerana dirasakan ianya satu perbuatan sia-sia apabila dimainkan di pusat hiburan.
Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun FB juga mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.
Status Chong, antara lain, menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”
Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.
Selain itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga mengecam tindakan kenyataan Anggota Parlimen Kuching itu yang memperlekehkan lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
“Saya tidak tahu polisi main NegaraKu sebelum filem bermula di pawagam satu perkara yang menyusahkan dan “an absolute disgrace n ridiculous”.
“Maybe it is you that is an ‘absolute disgrace n ridiculous’ Mr Chong,” tulis Khairy di akaun Facebook beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.