`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, September 20, 2014

Melayu : dulu, kini dan selamanya? – Anuar Mohd Nor



Membuka himpunan buku dan majalah lama amat mengejutkan dan menyedarkan kita mengenai Melayu. Satu majalah Sekolah Laki2 Jalan Ampang Tahun 1970 menarik perhatian saya apabila seorang anak murid Tingkatan 4A – Rostam Mohd Ibrahim menulis artikel Kelemahan Ekonomi Orang2 Melayu dan Chara2 untok mengatasi-nya (mengikut tulisan tahun 1970)
Apa yang sebenarnya menarik adalah perbahasan kelemahan orang Melayu sejak tulisan dalam majalah tahun 1970 sehingga hari ini tahun 2014 masih dalam kemelut dan belum di selesaikan.
Ini bermakna mengambil tarikh ini sahaja, sebaik tahun 1969 peristiwa hitam di negara kita sehingga ke hari ini kemelut ekonomi orang Melayu masih dibahaskan.
Ekonomi orang Melayu, soal kemundurannya masih lagi menjadi isu utama.
Ia seolah-olah mengambil slogan dulu, kini dan selamanya.
Tulisan anak muda sewaktu itu tingkatan 4 pada tahun 1970 memungkinkan beliau berumur hampir 60 tahun sekarang dan masih melihat kedudukan ekonomi orang Melayu dikatakan mundur.
Apa salah ekonomi orang Melayu? Adakah masih mundur atau sebenarnya sudah meningkat tetapi tingkatannya tidak sehebat peningkatan ekonomi kaum lain menyebabkan kita terus mengalami sindrom ketinggalan dari sudut relatif.
Ekonomi kaum lain mungkin berkembang separa atau lebih dari ekonomi oranng Melayu mengakibatkan kita tercicir selama mana yang ada.
Sekiranya perkembangan ekonomi kaum lain khususnya kaum Cina meningkat sama dengan ekonomi kita – kita masih tertinggal kerana mereka sudah mendahuluinya sebelum ini.
Mungkin Tun Dr Mahahtir dalam mengakui kegagalannya dan melabel kegagalannya disebabkan sikap orang Melayu, memberi cara mana Melayu harus dibebaskan dari kemelut ketinggalan dalam ekonomi jika dibandingkan dengan kaum lain.
Apa masalahnya sikap apa dan kenapa sikap itu berterusan dan sudah melampaui berpuluh-puluh tahun.
Adakah selepas milenium ini dan lagi 20 tahun Melayu akan terus berdepan dengan kemunduran berbanding dengan kaum lain.
Apa yang sebenarnya berlaku.
Apa puncanya dan bagaimana ia boleh diatasi.
Terus membaca artikel anak muda dalam Majalah Sekolah Tahun 1970 itu satu para memberi satu persoalan dan seakan satu jawapan mengenai kenapa Melayu terus bergelumang dengan kemiskinan dan ketinggalan dalam perekonomian negara ini. Kata penulis muda itu, dipetik mengikut cara penulisan tahun tersebut –
“Agama juga adalah satu sumber yang melibatkan kemerosotan ekonomi orang2 Melayu. Kemerosotan ini berpuncha daripada pegangan fanatik orang2 Melayu terhadap agama Islam. Pada fikir saya, langkah yang sesuai untok menghapuskan kebelengguan fanatisma tersebut yang ada pada sa-tengah2 orang2 Melayu ia-lah dengan mengadakan revolusi mental. Dengan chara demikian fikiran dan penglihatan mereka tidak dikaburkan agama. Mereka harus-lah bersikap waras untok menyelesaikan kesulitan2 mengenai ekonomi yang berlawanan dengan agama Islam”
Tulisan itu mungkin nampak bersahaja ditulis dalam majalah sekolah 1970. Namun begitu ia memberikan satu kesan berbeza kepada kita hari ini.
Kita melihat kemelut ekonomi orang Melayu ini terus berpanjangan tanpa langkah yang jitu untuk mengatasinya.
Satu lagi adalah keberanian membuka ruangan untuk mengatakan salah satu punca kemelut ekonomi kepada orang Melayu adalah batasan dalam agama kongkongan seperti dikatakan anak muda ketika itu. Anak Muda itu berani menyentuh agama sebagai satu sebab kemelut kemiskinan kalangan Melayu.
Adalah ini benar? Adakan fanatik terhadap agama Islam punca kemelesetan ekonomi orang-orang Melayu dan bukan sikap seperti yang digariskan mantan Perdana Menteri kita Tun Mahathir.
Apa sebenarnya halangan perekonomian negara dengan garis batasan Islam.
Mungkin satu kerangka baru perlu dipakai orang bukan Islam dalam memastikan orang Islam bersaing atas padang yang sama untuk melihat s
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.