`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, September 20, 2014

PERKHIDMATAN 'TOWING' DAN MEKANIK MENIPU DI LEBUHRAYA PLUS !

Baru-baru ini salah seorang pengguna laman Facebook, Nurwaqif Mas Rashid, telah berkongsi satu status yang mendakwa dirinya telah ditipu oleh 'towing truck' di lebuhraya Plus. Kejadian berlaku di sekitar kawasan RnR Ayer Keroh ke Serembah.

Kata Nurwaqif, dia telah ditipu oleh seorang lelaki India yang berpakaian mekanik AIA yang mengatakan keretanya rosak.

Menurut mangsa, keretanya telah di tarik dari Air Keroh hingga ke Seremban. Pada mulanya, lelaki India terbabit itu mengatakan destinasi bengkel hanya dekat sahaja. Setelah sampai ke bengkel, kereta tersebut dibaraikan dan kos membaiki terus ke menjadi RM 2500. Nurwaqif turut menasihatkan orang ramai yang menggunakan laluan yang sama supaya berhati-hati dengan lelaki india berkenaan. Diatas adalah keratan status yang dikongsikan oleh Nurwaqif. Sumber Carigold.com

Moralnya kita semua kena berhati-hati telah banyak kejadian seumpama ini berlaku tidak kurang telah ramai yang terkena dan terpaksa menanggung kerugian setelah kereta anda dibaralkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.