`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 4, 2014

Polis arah peronda Unit Amal yang nak meronda jaga keselamatan stesyen LRT Pandan bersurai

  
Polis bertindak menyuraikan sekumpulan lebih 20 orang anggota Unit Amal PAS di kawasan sekitar Stesen LRT Pandan Indah pada malam tadi yang merancang untuk menjalankan rondaan keselamatan.

Laporan Berita Harian menyebut, polis menghalang usaha tersebut kerana Unit Amal PAS tiada kuasa untuk membuat operasi terbabit.

Laporan itu memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad yang mengeluarkan arahan terbabit di lokasi tersebut.
“Selepas mengadakan perbincangan, kita nasihatkan kumpulan itu beredar dengan cara baik dan mereka mengikut arahan polis untuk beredar dalam tempoh 15 minit.

“Juta tidak mahu mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri terhadap jenayah yang berlaku di kawasan ini kerana setiap laporan polis berhubung kejadian jenayah yang berlaku disiasat sewajarnya,” kata Khairuldin seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kumpulan Unit Amal PAS yang menyertai operasi berkenaan diketuai pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, yang juga exco kanan kerajaan Selangor.

Mengulas mengenai kejadian itu, Iskandar dalam kenyataannya hari ini berkata Unit Amal PAS Selangor akur dengan arahan tersebut, namun akan terus memantau tahap keselamatan di kawasan terlibat.

"Pihak kami melalui anggota Unit Amal, petugas PAS Kawasan Pandan dan penduduk tempatan akan terus memantau Stesyen LRT Pandan Indah pada waktu malam bagi memastikan terdapat rondaan keselamatan yang secukupnya oleh pihak polis.

Beliau juga akan mengatur satu pertemuan dengan pihak polis untuk membincangkan "masalah keselamatan" yang berbangkit.

"Kami yakin kerjasama di antara pihak kami, penduduk tempatan dan pihak polis amat penting dalam usaha untuk membanteras jenayah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.