`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 16, 2014

Rara kecewa

Syed Ali harus melihat dan peka terhadap kehendak anak muda zaman sekarang.
raraPETALING JAYA: Ahli DAP, Young Syefura Othman kesal dengan fitnah yang dilontarkan oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee terhadap dirinya.
Syefura merujuk kepada kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee di dalam portal Free Malaysia Today bertarikh 15 Sept 2014 (semalam).
“Saya Young Syefura Othman merasa sangat kecewa dengan kenyataan dan fitnah tersebut dan seolah-olah saya kurang didikan dari Ibu dan bapa saya.
“Saya menghormati Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sebagai orang lama tetapi beliau harus melihat dan peka terhadap kehendak anak muda zaman sekarang di mana Akta Hasutan 1948 harus dimansuhkan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada wartawan FMT.
Jelasnya lagi, beliau memandang serius fitnah yang dilemparkan kepada dirinya, kononya beliau dipergunakan oleh parti DAP sewaktu penyerahan borang keahlian dan kononnya beliau berikrar mahu menghapuskan status Melayu bumiputera.
“Saya ingin bertanya pada Syed Ali, adakah beliau berada di sisi saya sewaktu penyerahan keahlian DAP tempoh hari?” soalnya.
Syefura turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang atau apa-apa ikrar sewaktu penyerahan borang keahlian kepada DAP dan beliau tiada sebarang kepentingan dalam parti DAP.
“Saya menghormati kedudukan istimewa Melayu seperti yang tercatat dalam Perlembagaan,” ujarnya yang juga merupakan Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Katanya lagi, fitnah Syed Ali itu juga menyebabkan golongan muda khususnya memandang rendah terhadap dirinya kerana kononnya mahu menghapuskan status Melayu Bumiputera dan memandai-mandai tidak menghormati Perlembagaan.
“Saya berharap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan fitnah,” ujarnya.
Semalam, Syed Ali menyarankan sebarang usaha parti pembangkang terutamanya DAP untuk menarik anak-anak muda menyertai parti itu haruslah diberikan perhatian terutamanya oleh ibu bapa yang daripada ahli Umno.
Jelasnya lagi, selepas mempertaruhkan Dyana Sofya sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan, seorang lagi gadis Melayu, Syefura Othman menjadi taruhan DAP.
Malah gadis ini turut memberitahu antara sebab-sebab beliau menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang bersuara untuk wanita-wanita muda Melayu.
“Syefura Othman turut dipergunakan oleh DAP untuk bercakap mengenai tindakan kerajaan mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948, walaupun perkara ini baru di peringkat perbincangan. Semasa menyerahkan borang ahli DAP, gadis ini turut berikrar akan menghapuskan status Melayu bumiputera.
“Bagi saya, kita tidak boleh menyalahkan wanita muda Melayu ini kerana mungkin ibu bapa mereka yang merupakan ahli Umno tidak menerangkan secara jelas tentang misi dan matlamat perjuangan parti ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.