`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 8, 2014

Sejak bila Shahrizat dah jadi jurucakap kepada Ahli PKR ni?


Mula-mula tadi bila baca tajuk kemudia aku tengok gambar yang disiarkan dalam laporan Rakyat News ni.. aku ingat admin Rakyat News dah salah letak gambar..

Sebab tajuknya tentang ahli PKR yang tidak setuju dengan keputusan Anwar gambarnya pula ialah gambar Ketua Wanita UMNO..

Langsung tak ada kena mengena.. tapi bila baca laporan betullah gambar yang disiarkan tu dan ianya ada kena mengena dengan tajuk..

Antara laporannya menyebut.. Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, terdapat dari kalangan ahli parti berasa malu dengan tindakan Anwar yang mengingkari titah Sultan Selangor..

Siapa pulak dah lantik Sharizat jadi jurucakap kepada ahli PKR ni?

Laporan berkaitan...

KUALA LUMPUR 8 Sept - Keputusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak semestinya dipersetujui oleh ahli partinya sendiri. 
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, terdapat dari kalangan ahli parti berasa malu dengan tindakan Anwar yang mengingkari titah Sultan Selangor. 
"Saya ada juga rakan-rakan dari pihak pembangkang dan ramai dari mereka tidak setuju dengan cara pemimpin mereka, mereka rasa malu dengan apa yang berlaku. 
"Dalam PKR pun bukan semua setuju dengan "ketum" (Ketua Umum) dia buat. 
"Semua ahli parti dah bersuara, saya rasa semua orang bersetuju dengan satu perkara iaitu kita harus ikut perlembagaan persekutuan dan telah dinyatakan dengan jelas tentang kedaulatan raja-raja. katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco Wanita Umno hari ini. 
Jelas Shahrizat, Wanita UMNO tidak akan berkompromi dalam isu kedaulatan raja-raja dan keselamatan negara serta akan mempertahankannya. 
"Saya mewakili 1.3juta Wanita Umno ingin mengingatkan supaya jangan bermain api, kerana isu kedaulatan raja-raja kami tidak akan kompromi kerana jelas ia melanggar perlembagaan kita. 
"Kami juga akan pertahankan institusi raja perlembagaan habis-habisan. Wanita umno juga akan mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan menurut Fasal 3 (1), hak orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang merujuk pada Fasal 153(1), Bahasa Melayu Fasal 152(1)," katanya. 
Menurutnya lagi, pendirian Wanita Umno jelas mengenai Akta Hasutan, terpulang kepada pihak kerajaan untuk menamakan akta itu sama ada ia menggunakan nama lama atau dinamakan dengan nama baru ~ Rakyat News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.