`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 11, 2014

Seluar Ketat Nampak Bonjolan, Zizan Razak Minta Maaf

Baru baru ini ramai peminat yang menonton konsert af 2014 terkejut dengan penampilan seluar zizan yang sendat dan ketat sehingga menimbulkan rasa kurang selesa untuk dipandang mata di mana kelihatan benjolan di tempat yang tidak sepatutnya.


Memberi penerangan, Zizan memaklumkan perkara tersebut berada di luar kawalannya. Seluar itu telah pun ditempah mengikut saiznya namun apabila dipakai, terketat pula di bahagian itu. Kata Zizan:-
Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya. Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.
Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan.
Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marh pun. Nak buat macam mana sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula?
Benda pun dah jadi tak boleh nak buat apa dah, tapi untuk minggu depan saya akan lebih peka dan hati-hatilah.
Cuma memang saya tak sedar dari awal lagi sebab banyak aspek lain kena fokus pada malam itu termasuk skrip dan kandungan program.
zizan razak
Apapun, apa yang terjadi ini takkan berulang lagi harapnya dan semoga Zizan lebih peka selepas ini.
Share this article :

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.