`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 9, 2014

Ada letupan berlaku di bukit bintang: Diletupkan oleh sebuah kereta Seorang lelaki parah manakala 13 lagi cedera selepas terkena bom yang dibaling dari tingkat dua di Sun Complex, Bukit Bintang jam 4.20 pagi tadi.



Ada letupan berlaku di bukit bintang: Diletupkan oleh sebuah kereta
Seorang lelaki parah manakala 13 lagi cedera selepas terkena bom yang dibaling dari tingkat dua di Sun Complex, Bukit Bintang jam 4.20 pagi tadi.

Malaysian Insider lapor :

14 cedera dalam letupan di Jalan Bukit Bintang

Lokasi kejadian letupan bom yang berlaku awal pagi tadi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia mengakibatkan 10 mangsa cedera. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2014.Lokasi kejadian letupan bom yang berlaku awal pagi tadi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia mengakibatkan 10 mangsa cedera. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2014.Seramai 14 orang cedera awal pagi ini apabila sebutir bom tangan meletup di hadapan sebuah pub di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menurut sumber polis, joki kereta Tiong Kwang Yie, cedera parah dan kini berada dalam keadaan kritikal.
"Polis menerima aduan pada jam 4.25 pagi dan menghantar wakil ke kelab malam Cherry Blossom bagi memastikan kerosakan.
Mangsa lain yang cedera berumur antara 20 dan 42. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tung Shin.
"Mereka yang cedera termasuk warga dari Thailand (1), China (2) dan Singapura (2). Sebahagian daripada mereka adalah penaung kelab," kata satu sumber.
Mangsa dikenalpasti sebagai Lim Soon Hock, 51; Teoh Meng Keow, 40; Yaw Lee Hock, 41; C. Revindran, 49; dan Tiong Kwang Yie.
Warga asing adalah Jasu (Thailand), Wong Kim Teng (Singapura), Ma Yunfeng dan Yong Jiaqin (kedua-duanya dari China).
"Siasatan awal mendedahkan dua butir bom tangan dilemparkan tetapi hanya satu meletup.
"Serpihan daripada bom tangan itu menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki," tambah sumber itu.
Empat kenderaan turut rosak dalam letupan itu – Toyota Vellfire (WVL 168), Toyota Camry (WTT 8999), Mazda 2 (WXJ 3333) dan BMW (WTV 36).
Polis menemui bom tangan kedua yang gagal untuk meletup, di bawah Toyota Camry.
"Kami percaya ini ada kaitan dengan dunia jenayah."
Satu pasukan forensik polis adalah di tempat kejadian, menyekat kawasan itu bagi mencari petunjuk dan menemuramah saksi.
Menurut polis, pemeriksaan mendedahkan bom tangan digunakan dikeluarkan pada bulan Mac 1983.

(Credit: Daily Traffic Report)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.