`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 20, 2014

AKHIRNYA AKUI JUGA KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN AZMIN ALI, TIADA MEMPUNYAI CADANGAN SAMA SEKALI UNTUK BATALKAN PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA!!!!



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberi penjelasan berhubung nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara sehingga  menyebabkan dokumen perjanjian air tidak boleh didedahkan.

Azmin berkata, beliau sebelum ini telah meneliti dokumen tersebut dan mendapati tiada perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara sehingga menyebabkan Peguam Negara menghalang dokumen itu daripada didedahkan kepada umum.

"Perlu beri penjelasan kenapa (dokumen) ini ditolak kerana perjanjian itu tidak melibatkan isu keselamatan. Hanya kontrak perniagaan antara dua pihak. Kenapa perlu disembunyikan.

"Jika terma itu melindungi kepentingan rakyat, maka tak ada sebab kerajaan pusat bersungguh-sungguh menghalang daripada dokumen ini didedahkan

"Apa nasihat dia (Peguam Negara)? Saya nak tahu. mesti ada justifikasi kenapa dokumen itu dihalang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan di Shah Alam.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata beliau sehingga kini belum menerima surat rasmi daripada kementerian itu berhubung penolakan untuk mendedahkan dokumen perjanjian air tersebut.

Beliau menjelaskan dokumen itu perlu didedahkan kepada umum bukan bertujuan untuk membatalkan perjanjian berkenaan sebaliknya hanya untuk kepentingan rakyat.
"Sampai sekarang saya belum terima surat rasmi daripada kementerian dan menteri. Lebih adil jika saya teliti dulu jika kerajaan persekutuan tolak permintaan kerajaan negeri untuk dedahkan perjanjian tersebut maka saya akan teliti dulu surat tersebut.

"(Saya) bukan nak batalkan (perjanjian) tapi mesti ada ketelusan kalau tidak akan membebankan rakyat," katanya.

Pada Sabtu lalu, Maximus berkata kandungan perjanjian air antara Putrajaya dan kerajaan Selangor belum boleh didedahkan kepada umum selepas mendapatkan khidmat nasihat yang diberikan Pejabat Peguam Negara.


ULASAN OMAK KAU:-

Pergh!!!!! .. sebelum ini bukan main kencang menyerang alasan utama mau TSKI ditumbangkan dari jawatan MB Selangor ialah kerana perjanjian air Selangor-Putrajaya. .... Nah!!! sekarang apa cerita?????

Bila sudah melihatnya lain pula ceritanya terus buat pusingan 360 darjah kona baring cicah pipi.

Langsung tidak ada simpan sekelumit pun niat nak batalkan perjanjian berkenaan.

Itulah namanya politik demi mencapai matlamat sanggup menghalalkan apa jua cara.. Sudah dapat apa yang dicita terus putar cerita.

Jadi macam mana rakyat nak percaya akan kredibiliti dan integriti kerajaan Negeri Selangor yang sedia ada.

Patutlah selama ini Tony Pua yang cukup kuat menyalak terlolong menjerit berkenaan isu ini terus membisu terkedu mati kutu.

Mohon Tony Pua dan lain-lain wakil rakyat DAP bangkit membidas sikap Azmin "Jokowi" Ali yang tidak konsisten dwngan nafsu politik DAP semasa mau mengantikan TSKI dulu .. Bukankah DAP terkenal dengan sikap berprinsip konon .. Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T)????

Pelik bin hairan .... negeri Selangor ada Penasihat Undang-undang negeri yang duduk dalam barisan Exco bertindak untuk menasihati kerajaan negeri Selangor terutamanya Dato' Menteri Besar Selangor perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan... Mengapa tidak diminta nasihat beliau???.. Atau sudah di minta tetapi cuba main politik cantik dan murni????

Persepsi rakyat kini ialah isu perjanjian air Selangor-Putrajaya yang digembar gemburkan semasa kemelut MB Selangor dulu, tidak lain tidak bukan lebih kepada isu diputar begitu rupa demi mengambarkan yang TSKI seorang pengkhianat kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.