`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 11, 2014

Amaran atau dipecat, nasib dua Adun PAS ditentukan esok

Kes dua ahli PAS yang menyokong presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor akan dibentangkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali esok. – Gambar fail The Malaysian Insider.Kes dua ahli PAS yang menyokong presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor akan dibentangkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali esok. – Gambar fail The Malaysian Insider.Dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, akan ditentukan nasib mereka dalam parti esok.
Besar kemungkinan, Saari Sungib dan Hasnul Baharudin akan digantung keahlian mereka.
"(Kemungkinannya ialah) Antara digantung keahlian dan dipecat, tetapi saya rasa mereka akan digantung," kata seorang AJK PAS Pusat yang menolak kemungkinan mereka berdua akan dilepaskan begitu sahaja.
Kes mereka berdua akan dibentangkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan berlangsung esok di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Mustafa dalam kenyataannya sebelum ini berkata, kes tersebut tidak perlu melalui Jawatankuasa Disiplin parti kerana PAS Pusat mempunyai bidang kuasa tersendiri untuk membuat keputusan berhubung tindakan disiplin terhadap ahli-ahlinya.
Sebelum ini, bekas naib presiden PAS, Datuk Dr Hassan Mohd Ali pernah dipecat oleh parti melalui mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
Namun, terdapat juga kes sebelum itu yang melibatkan Hassan dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang diputuskan Jawatankuasa Disiplin.
Khalid digantung keahlian selama enam bulan manakala Hassan diberikan amaran oleh jawatankuasa itu.
Jika dikenakan tindakan, Saari dan Hasnul boleh merayu kepada Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus yang lebih tinggi dari Jawatankuasa PAS Pusat.
Saari, Adun Hulu Klang dan Hasnul, Adun Morib dipanggil menemui Mustafa dan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan 29 September lalu sebagai permulaan prosiding tindakan disiplin ke atas mereka.
"Segala butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti.
"Bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," katanya seperti dilaporkan portal rasmi PAS, Harakahdaily semalam.
Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR menyokong Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebelum PAS bermesyuarat bagi mencapai keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai “barua”.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.