`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 16, 2014

Azmin pertikai Khalid setuju beli teknologi rawatan air Langat 2 terlalu mahal

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata penggunaan proses saringan air GAC menggunakan teknologi yang tinggi, menunjukkan pencemaran air yang teruk. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2014. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata penggunaan proses saringan air GAC menggunakan teknologi yang tinggi, menunjukkan pencemaran air yang teruk. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2014. 
Mohamed Azmin Ali mempertikaikan pembelian teknologi rawatan air mentah yang terlalu mahal melalui perjanjian penstrukturan industri air Selangor yang ditandatangani antara Putrajaya dengan kerajaan negeri terdahulu di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri besar Selangor itu berkata, Fasa 1 perjanjian air mencadangkan penggunaan Granular Activated Carbon (GAC), iaitu proses saringan air secara dual media, satu spesifikasi menggunakan teknologi tinggi yang dianggapnya melampau.
Katanya, walaupun penggunaan GAC itu digunakan di negara maju, ia dipertikaikan kerana seolah-olah memberi maksud punca air yang disalurkan daripada Pahang kepada Selangor tercemar teruk di tahap 4.
"Persoalannya, kalau kerajaan pusat cadangkan teknologi itu digunakan untuk Langat 2, ia membawa maksud air yang disalurkan daripada Pahang tercemar teruk di tahap 4.
"Sedangkan maklumat yang saya perolehi, ia tidak memerlukan kos yang tinggi dan mahal, melainkan kerajaan pusat boleh jelaskan kondisi air daripada Pahang yang perlu dirawat," katanya.
Katanya, jika penggunaan GAC diluluskan, kos pembangunan, operasi dan penyelenggaraan Langat 2 menjadi tinggi.
Sekaligus menyebabkan risiko kenaikan tarif air apabila beban kos itu dipindahkan kepada pengguna di Lembah Klang.
"Ini membimbangkan pengguna. Maklumat yang saya peroleh, tidak perlu gunakan GAC, ada lagi cara yang lebih murah.
"Bila kos sudah dikurangkan, rakyat akan mendapat manfaat," katanya.
Disebabkan itu, katanya pihaknya tidak mahu lagi perkara itu berlaku lagi pada Fasa 2 perjanjian air itu.
Beliau mahu kerajaan negeri diberi kuasa memberikan pandangan dan memainkan peranan eksekutif, bukan hanya sebagai pemantau perkembangan projek Langat 2 sahaja.
"Kerajaan negeri mesti ada kuasa memberikan pandangan supaya tidak 'over design' dan kosnya tidak mahal kerana ia akan memberi kesan kepada pengguna dalam bentuk tarif air," katanya.
Ahli Parlimen Gombak itu menggesa Putrajaya menjelaskan kenapa perlu menggunakan duit membina teknologi yang begitu mahal sebelum menganugerahkan tender rawatan air kepada kontraktor.
Khalid pada 12 September lalu memuktamadkan penyelesaian penstrukturan industri air Selangor dengan menandatangani Perjanjian Utama (MoA) dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
Sebelum itu, dua perjanjian ditandatangani iaitu Memorandum Persefahaman (MoU) pada 26 Februari dan Perjanjian Dasar Induk (Heads of Agreement atau HoA) pada 1 Ogos.
Namun, Azmin berkata pihaknya mahu kandungan perjanjian yang tertakluk dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu, didedahkan kepada umum.
"Saya sudah tulis kepada menteri (KeTTHA) Datuk Seri Maximus (Ongkili) minggu lalu minta persetujuan kesemua MoU, HoA dan perjanjian utama yang terletak di bawah OSA didedahkan.
"Saya minta persetujuan menteri supaya perjanjian didedahkan kepada umum kerana tidak ada benda yang perlu disorokkan," katanya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.