`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 16, 2014

BANTAH AKTA HASUTAN 1948 ... ORANG ASLI PUN TURUT SERTA BANTAH.



Kira-kira 1,000 peserta sebahagian besarnya peguam - berkumpul di Padang Merbok, Kuala Lumpur berarak membantah Akta Hasutan.

Mereka dilihat berlegar-legar di padang tersebut sejak seawal jam 9.30, iaitu satu jam lebih awal daripada masa yang dijadualkan untuk bantahan bermula.

Antara yang hadir ialah Presiden Majlis, Christopher Leong, yang kelihatan menyambut ketibaan para peserta, dan bekas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga; Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan ahli-ahli Parlimen DAP - Teo Nie Ching, Nga Kor Ming, dan Gobind Singh Deo.

Kumpulan itu kemudiannya berarak ke Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari situ, untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan.

Cuaca terik 30 darjah Celsius dengan sedikit tiupan angin dan awan yang bertaburan.

Bagaimanapun, kebanyakan peguam yang hadir memakai kot masing-masing.

Omak rasa kaget dan kagum juga .. orang asli pun dah tahu membuat bantahan mengenai Akta Hasutan 1948 .. mereka di hasut atau sedar sendiri tanpa hasutan?????

Yang pasti Omak di beritahu .. budak-budak AMK langsung tidak nampak kelibat dan bayang mereka... agaknya mereka setuju Akta Hasutan 1948 di kekalkan kot?????? ... Atau mereka sedar yang mereka kerdil bila berada dalam suatu kumpulan yang intelek dan arif.




KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.