`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 16, 2014

Berita gadis berusia 15 tahun dihamilkan oleh kekash Banglanya ni pun palsu juga

Kulim: Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), menafikan laporan berhubung dakwaan tangkapan terhadap seorang gadis berusia 15 tahun yang hamil beberapa minggu berikutan hubungan sulit dengan teman lelakinya warga Bangladesh di Taman Mahsuri, Padang Serai, di sini.

Laporan tangkapan gadis berkenaan disiarkan sebuah blog sebelum menjadi viral di laman sosial Facebook sejak kelmarin sehingga turut dikongsi oleh orang ramai dengan memberi pelbagai komen mengenai tindakan remaja itu, selain turut menyiarkan ulasan daripada pegawai PADK.

Ketua Unit Penguat kuasa Agama PADK Azmi Abdul Rejab berkata, pihaknya terkejut dengan laporan oleh media sosial berkenaan sekali gus menafikan tangkapan berkenaan selain tidak pernah memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak.

Katanya, hasil pemeriksaan laporan mendapati tiada sebarang tangkapan dilakukan ke atas seorang gadis berusia 15 tahun di Taman Mahsuri, Padang Serai pada 8 Oktober lalu seperti didakwa pihak terbabit.

"Malah, saya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan kes terbabit dan berharap pihak yang berkenaan menghentikan menyebarkan perkara yang tidak benar.

"Saya sudah meneliti rekod di pejabat PADK, namun tiada kes tangkapan terbabit pada Rabu lalu. Mungkin orang awam atau penduduk di taman perumahan itu yang melakukan tangkapan itu, tetapi tidak melaporkannya kepada PADK bagi tindakan lanjut.

"Justeru, orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak pasti, sebaliknya menyalurkan informasi mengenai kejadian maksiat di kawasan mereka supaya PADK boleh melakukan tangkapan kerana ia membabitkan undang-undang jenayah syariah," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih boleh menimbulkan fitnah dan menyebabkan suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai tangkapan ke atas gadis terbabit setakat ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.