`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 28, 2014

BETUL KE AMK KINI SUDAH MENGAMALKAN BUDAYA PERKASA DAN PEKIDA??????


Setahu Omak sejak berkecimpung dalam arena Reformasi ini sejak tahun 1998, buat kerja bakar membakar ketika berhimpun dan berkumpul ini amalan yang diperkenalkan oleh Perkasa, Pekida dan NGO-NGO yang sewaktu dan sejiwa dengannya.

Terkejut juga bila di beritahu dalam Himpunan Solidariti Anwar Ibrahim Liwat II di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya lewat pagi tadi ada upacara membakar baju T ada wajah pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Apakah perlu dan wajar meluahkan rasa kemarahan dengan membuat kerja membakar baju T????

Dulu bukan main kencang menyerang dan mengutuk perangai kotor jijik meloyakan budak-budak Wira Perkasa dan Pekida yang amat gemar membakar patung ada wajah pemimpin Pakatan Rakyat ... dikatakan ianya bukan budaya kita terutamanya Melayu yang cukup terkenal sebagai bangsa yang cukup berada sopan dan santun tinggi nilai budi pekertinya.

Sokongan tidak akan datang mencanak dengan kelakauan ala-ala Perkasa dan Pekida ini .. ikut cara yang salah untuk tujuan memperbaiki keadaan adalah suatu kesilapan besar.

Omak tidak fikir perangai ini disokong dan dibendung oleh para pemimpin tertinggi KeADILan.

Mohon Ketua AMK agar kawal emosi dan tingkah laku anak-anak buahnya ... Jangan keterlaluan dalam meluahkan rasa ketidak puas hati nanti yang binasa adalah parti yang didokong juga.

Jangan nanti melenting naik angi satu badan apabila pihak lawan melemparkan kritikan dengan mengata kata dulang paku serpih  ... nanti tidak tahan berasap telinga hati pedih.

Kekeceohan tercetus di luar Istana Kehakiman di Putrajaya ekoran tindakan beberapa orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membakar objek dan cuba merempuh sekatan polis.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 11.40 pagi itu, individu berkenaan dilihat membakar dua helai baju-T sambil yang memaparkan gambar pengadu kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan.

Individu berkenaan, yang masih belum dikenalpasti setakat ini, kemudiannya dilihat cuba merempuh penghadang besi di hadapan kompleks mahkamah itu.

Individu berkenaan bagaimanapun ditenteramkan oleh beberapa orang petugas Skuad AMK, dan seterusnya membawa kumpulan itu jauh daripada kira-kira 300 orang yang berhimpun di sekeliling sekatan berkenaan.

Seramai kira-kira 60 orang anggota polis berkawal di sekeliling sekatan berkenaan berjaya mengawal keadaan.



KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.