`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 3, 2014

BETUL KE AZMIN ALI TIDAK KENAL LANGSUNG BEKAS SETIAUSAHA POLITIK TSKI, FAEKAH HUSIN????



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali enggan melayan lagi sebarang dakwaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin yang menyerang cara pentadbirannya.

"Faekah? Siapa Faekah? Saya tak kenal," katanya ketika diminta mengulas dakwaan Faekah yang mengesahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Azmin pada Rabu berkata jawatan Anwar masih kekal kerana keputusan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu hanya menutup Pejabat Penasihat Ekonomi di Plaza Perangsang, Shah Alam.

Azmin berkata, fungsi dan peranan Anwar akan dibincang semula untuk membantu pembangunan ekonomi di Selangor dan beliau akan diberikan kemudahan sesuai termasuk pejabat.

Namun, Faekah dalam reaksinya ketika diminta mengesahkan semula perkara itu susulan kenyataan Azmin berkata, keputusan menutup pejabat bermakna menghentikan khidmat Anwar juga.

"Bukankah kita sudah ucap terima kasih (kepada Anwar di dalam kenyataan terdahulu)? Pada saya, ketika itu memang (dia) dipecat," katanya dipetik laporan Antarapos.

Azmin kemudian berkata, Faekah tidak ada hak menentukan jawatan Anwar kerana ia bukan keputusannya tetapi Khalid dan exco terdahulu.

"Dia (Faekah) siapa? Tanya dialah. Berdasarkan minit mesyuarat exco pada 22 September, yang mempengerusikannya ialah Khalid bukan Faekah," katanya selepas menghadiri perhimpunan pagi bersama jabatan kerajaan negeri di Pejabat Daerah Gombak, hari ini.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa meminta pertikaian itu dihentikan dan enggan terlibat lagi dengan dakwaan pihaknya mengamalkan politik dendam terhadap Khalid.

"Saya tidak dendam kepada Khalid atau mana-mana personaliti sebab saya hendak maju ke depan," katanya


ULASAN OMAK KAU:-

1)   Tiada siapa yang berfikiran waras percaya yang Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali tidak kenal akan siapa dia Faekah Husin bekas Setiausaha Politik TSKI .. tiada siapa yang percaya.

2)   Malukah mengaku kenal akan Faekah Husin???? .. Apa salahnya jawab segala pertuduhan yang dilemparkan secara fakta dan berhemah???? .. Tidakah ini akan dilihat dan terbentuk suatu persepsi yang Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu ini bersifat sombong, bongkak dan angkuh?

3)   Syukur Alhamdulillah jika apa yang YAB Azmin Ali berikrar yang beliau bukan politikawan yang megamalkan politik dendam dengan sesiapa pun .. suatu niat dan nawaitu yang cukup baik dan murni .. Omak Kau akan pegang akan kata-kata keramat ini sebab sudah berbunyi di akar umbi betapa para anggota KeADILan yang tidak memberikan sokongan kepada dirinya semasa pemilihan PKR 2014 yang baru berlalu, sudah mula merasai diri mereka dipinggirkan serta dipulau, terutamanya para penyokong TSKI.


4)   Kalau sungguh bagai dikata, gunakan pengaruh dan kuasa yang ada desak road show seluruh Selangor yang dikategorikan sebagai mengaibkan mengapa TSKI dipecat .. road show ini lebih dilihat sebagai politik dendam kesumat bukannya sebagai medan menyampaikan maklumat.

RAKYAT MEMANTAU, MEMERHATI AKHIRNYA BERFIKIR DAN MENILAI.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.