`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 9, 2014

Butiran Percutian Misteri Najib Dan Rosmah Ke Belanda Dirahsiakan !

Dedah butiran percutian misteri Najib dan Rosmah ke Belanda [gambar fail]
DAP hari ini sekali lagi mengecam tindakan kerajaan yang membisu dan ingin mendedahkan kos terperinci percutian misteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Belanda pada 1 hingga 15 ogos lalu selepas sidang media MH17.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, biarpun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab soalan tersebut tapi jawapan yang diberikan jelas menunjukkan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu.

Shahidan dalam jawapannya kepada Anthony semalam menyatakan, pesawat VIP Airbus A319 CJ dengan pendaftaran 9M-NAA tersebut membawa Najib, isteri, serta delegasi atas lawatan rasmi dan kosnya dalam anggaran bersesuaian.

“Nampaknya, Shahidan sekali lagi meneruskan taktik merahsiakan maklumat butiran kos terhadap perbelanjaan awam melibatkan Najib daripada pengetahuan umum.

“Sejak bilakah kerajaan mengamalkan dasar ‘rahsia’ dalam semua isu?” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP itu, berdasarkan rekod, lawatan rasmi Najib ke Belanda hanya berlangsung sehari, iaitu pada 1 Ogos 2014 dan bukannya dua minggu.

“Tidak ada sebarang rekod berkenaan jadual lawatan beliau secara rasmi dalam tempoh 2 minggu.

“Apakah percutian Najib dianggap sebagai urusan rasmi dan pesawat rasmi boleh digunakan untuk tujuan bercuti?

“Berapa banyak lagikah wang terpaksa dibiayai pembayar cukai untuk percutian peribadi Najib, isteri dan rombongannya?,” tegasnya.

Tambah Anthony, selaku Perdana Menteri, Najib sepatutnya menggunakan MAS untuk ke luar negara terutama di saat syarikat penerbangan menghadapi krisis keyakinan akibat tragedi menimpa.

“Mengapa Najib tak guna MAS ke luar negara? Dia sepatutnya tunjukkan teladan dengan memberikan sokongan dan keyakinan terhadap kepada syarikat itu terutama di saat mereka menghadapi krisis akibat tragedi berkembar MH370 dan MH17,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.