`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 16, 2014

Cina asingkan diri, pilih tidak kuasai bahasa Melayu, kata Zam

Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri penerangan, berkata kaum Cina mahu identiti mereka dikenali dengan bertutur dalam bahasa mereka sendiri. – Gambar fail  The Malaysian Insider file, 16 Oktober, 2014.Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri penerangan, berkata kaum Cina mahu identiti mereka dikenali dengan bertutur dalam bahasa mereka sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider file, 16 Oktober, 2014.
Bekas menteri Umno mempersoalkan mengapa kaum Cina terasa jengkel apabila dipanggil "pendatang" walhal mereka sendiri yang mengasingkan diri mereka dengan tidak menguasai bahasa kebangsaan.
Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri penerangan, berkata kaum Cina mahu identiti mereka dikenali dengan bertutur dalam bahasa mereka sendiri.
"Maka itu, kenapa mereka merasa marah jika di salah mengertikan sebagai bangsa pendatang kerana mereka sendiri tidak mahu dikenali dengan bahasa rakyat negara ini dan masih mahu lebih dikenali dengan bahasa pendatang?
Zainuddin berkata walaupun sudah merdeka 57 tahun, kaum Cina masih perlu dinasihati untuk belajar bahasa Melayu memetik gesaan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan agung MCA baru-baru ini.
"Jika sesudah lebih 57 tahun masih berbahasa Malaysia pasar dan tidak faham BM, maka tidak mustahil 50 tahun lagi pun mereka tidak juga boleh, kecuali jika ada suatu kesedaran baru yang ikhlas dan bersungguh-sungguh dan jika mereka dapat menghayati apa dihasratkan presiden baru MCA (Datuk Seri) Liow Tiong Lai," katanya.
Menurut Zainuddin, gesaan dibuat Najib tersebut kerana kaum Cina termasuk generasi baru tidak mampu bertutur, membaca dan memahami BM dengan baik.
"Walaupun mereka belajar BM di sekolah jenis kebangsaan Cina, tetapi diajar oleh guru Cina sendiri, yang menjadikan pertuturan mereka ikut loghat Cina dan mereka belajar BM sekadar untuk lulus peperiksaan," katanya.
Beliau juga mencadangkan kajian dilakukan bagi melihat sama ada terdapat kebenaran graduan Melayu sukar mendapat kerja kerana lemah penguasaan dalam Bahasa Inggeris.
"Atau sebenarnya anak-anak Cina dari aliran jenis kebangsaan Cina yang sukar mendapat kerja kerana mereka bukan sahaja tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik tetapi juga tidak dapat berbahasa Melayu dengan sewajarnya.
"Maka itu, syarikat Cina terpaksa menampung dan memberikan keutamaan kepada mereka ini kerana anak Melayu lebih mudah mendapat perkerjaan dengan syarikat antarabangsa atau syarikat tempatan, di samping kerajaan.”
Zainuddin berkata ramai profesional Melayu yang bekerja dalam negara atau luar negara mendapat pendidikan daripada sekolah kebangsaan berteraskan BM.
Malah, kejayaan universiti tempatan juga disumbang daripada kaum Melayu yang belajar daripada sekolah kebangsaan yang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.
"Ramai anak Cina kelulusan perubatan dari UKM yang berasal dari aliran Melayu bekerja di Singapura."
Menurutnya, lebih lima dekad lalu, semasa perdana menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman meminta peniaga Cina menggunakan BM dalam iklan mereka, peniaga Cina menolaknya kerana bimbang perniagaan mereka akan merosot.
Malahan, sehingga hari ini apabila ada mesyuarat di kalangan masyarakat Cina termasuk MCA, maklumat dalam BM akan menjadi yang terakhir sekali, dakwanya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.