`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 8, 2014

"DATUK" MENGAKU KAWAN KETUM UNTUK ELAK DITANGKAP...POWER

"Anda tidak boleh tangkap saya, saya adalah seorang Datuk!," jerit seorang suspek ketika dia digari oleh pihak polis yang sebelum itu mengejar kenderaannya yang dipecut dari Nilai ke Serdang, awal pagi Isnin.
Selain mendakwa dirinya sebagai 'Datuk' lelaki berusia 33 tahun itu turut memberitahu bahawa dia adalah seorang peguam dan berkawan dengan ketua pembangkang, dalam usaha untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

'Datuk' itu kemudiannya menendang kenderaan polis, mengutuk polis dan para pegawai.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, polis mulanya cuba untuk mendekati suspek dan dua yang lain yang sedang berada di dalam kereta Mercedes Benz warna emas berhampiran Kawasan R & R Nilai di Lebuhraya Seremban pada pukul 3.20 pagi Isnin kerana memasang cermin gelap.

Beliau berkata pasukan peronda dengan empat petugas membunyikan siren kenderaan mereka dan menyalakan lampu beacon dalam usaha untuk menghentikan kereta suspek.

Beliau berkata, pasukan peronda dari Serdang itu memintas kereta suspek ketika ia membelok ke Universiti Putra Malaysia.

"Pegawai-pegawai keluar dengan senjata api dan mengarahkan pemandu di dalam kereta untuk keluar. Ketika pegawai- pegawai menggari suspek, dia mendakwa dirinya sebagai 'Datuk' dan bekerja di sebuah firma undang-undang serta merupakan kawan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mohd Yusoff, sambil menambah polis percaya suspek cuba menipu untuk melepaskan diri daripada ditangkap.

Beliau berkata kedua-dua penumpang lain di dalam kereta Mercedes itu kemudian keluar dari kenderaan untuk merakamkan kejadian dengan telefon pintar mereka, dengan mendakwa bahawa polis telah melakukan provokasi terhadap mereka.

Polis membawa ketiga-tiga mereka ke Balai POlis Sri Serdang, di mana 'Datuk' itu sekali lagi menimbulkan masalah kepada pegawa-pegawai yang sedang menguruskan proses penahanannya.

Ketiga-tiga suspek, yang berasal dari Seremban, kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas-tugasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.