`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 19, 2014

Daun Ketum: Fatwa Kalau Tidak Salahguna?


Daun ketum.

Pemadam Gesa Majlis Fatwa Haramkan Penggunaan Daun Ketum 
JITRA: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan daun dan air ketum di negara ini.

Yang Dipertuanya Datuk Mohd Johari Baharum berkata ini kerana penggunaan air dan daun ketum akan memudaratkan kesihatan mereka yang mengambilnya secara berlebihan dan berterusan.

Beliau berkata pihaknya bimbang kerana penyalahgunaan ketum kini menular dalam kalangan pelajar sekolah, yang menjadikan air ketum sebagai minuman harian, malah turut dibawa ke sekolah.

"Penyalahgunaan ketum amat serius. Dahulu, di utara Semananjung sahaja tetapi kini ia telah merebak ke Terengganu, Perak dan Pahang.
"Saya terima aduan ada nelayan di Pahang minum air ketum sebelum ke laut," katanya pada majlis penutup seminar Penyalahgunaan Ketum: Pembunuh Senyap Anak Bangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba di sini, Sabtu.

Mohd Johari berkata Pemadam juga berharap Jabatan Peguam Negara menyegerakan proses mewartakan penyalahgunaan ketum dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ketum mengancam keselamatan di negara ini.

"Saya merayu kepada kerajaan agar percepatkan rang undang-undang berkaitan ketum ini agar tindakan boleh diambil terhadap pengusaha tanaman ketum yang merosakkan rakyat," katanya.

Sementara itu, Mohd Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu meminta kerajaan Kedah menggubal undang-undang tanah bagi mengharamkan penanaman tanaman memudaratkan seperti ketum.

Kerajaan negeri berhak merampas tanah pengusaha ketum sekiranya melanggar undang-undang yang ditetapkan dan berhak untuk memusnahkan pokok ketum yang ditanam.

"Di Thailand, pihak berkuasa akan tebang pokok ketum selain mengenakan denda 500 baht bagi sehelai daun ketum," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Manfaatkan daun ketum!

Dadah, adalah salah dari sudut undang-undang negara. Yakni kalau salahguna, tak salahguna dibuat ubat tak salah. Banyak ubat-ubat hospital sekarang terdapat kandungan dadah, yang tak salah. 

Anggur atau buah kurma tak salah dimakan, tetapi kalau dibuat arak jadi mabuk, salah diminum dari sudut Islam, walau dari sudut kerajaan tak salah, bahkan digalakkan kerana menjana ekonomi negara umat Islam.

Ganja, dulunya haram. Tetapi kini di beberapa negara barat sudah dihalalkan, dibuat produk ubat-ubatan berasaskan ganja. Makin berkembang perusahaannya sekarang. Mungkin negara-negara Asia akan diluluskan pengedaran ganja berasaskan ubat, apabila sudah wujud agen-agennya di sini.

Apakah daun ketum ini tidak boleh diproses dijadikan ubat seperti ganja tersebut? Ubat diabetes, darah tinggi dan lain-lain, sila buat kajian, supaya dapat dijadikan sumber pendapatan negara? Manfaatkan supaya jadi perusahaan ubat..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.