`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 9, 2014

Di Malaysia, Ancam Bakar Bangunan Dan Kitab Suci Agama Bukan Lagi Kesalahan ?


Adakah ancaman membakar bangunan milik orang lain dan membakar kitab suci agama lain bukan lagi menjadi kesalahan di Malaysia?

Demikian pertanyaan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming selepas mendapat jawapan parlimen berhubung isu itu.
Jawapan parlimen Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam tentang perkembangan siasatan terhadap sekumpulan samseng pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang diketuai Ketua Pemudanya Razlan Rafii di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana ancaman jenayah adalah ‘tiada tindakan lanjut’, dan siasatan hanya diteruskan di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berhimpun tanpa kebenaran.

Pada 22 Mei lalu, Razlan dan sekumpulan samseng pemuda Umno mengancam untuk membakar bangunan ibu pejabat DAP di sini, selain merosakkan papan tanda milik parti itu.

Semalam juga, jawapan parlimen yang senada diberikan kepada soalan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng tentang tindakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mengugut untuk membakar Bible berbahasa Melayu pada Januari 2013.

Menurut jawapan itu, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ancaman itu hanya ditujukan kepada individu yang disyaki mengedar Bible bahasa Melayu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang, dan tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan agama.

Kian Ming berkata, ia dengan terang menyindir percubaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjenamakan Malaysia sebagai sebuah negara ‘sederhana’.

“Saya mengecam sekerasnya keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (berhubung kes ugutan Razlan) walaupun Razlan jelas membuat ancaman itu.

Tindakan beliau juga dilaporkan dengan meluas oleh media, dirakam dan dimuat naik di Youtube.

“Adakah ini bermakna Abdul Gani memberi restu kepada pihak lain untuk mengemukakan ancaman yang sama?

Adakah tidak mengapa untuk membakar bangunan milik orang lain tanpa perlu berdepan dengan sebarang tindakan?” soalnya.

Jawapan kedua pula, katanya lagi, membayangkan ancaman membakar kitab agama selain daripada Islam tidak menjadi sebarang kesalahan.

“Mengambil kira kedua-dua jawapan itu, adakah ini bermakna ugutan membakar gereja, di mana Bible berbahasa Melayu atau Indonesia digunakan penganut Kristian kini dibenarkan?” soalnya lagi.

Ekoran jawapan KDN berhubung kes ugutan Pemuda Umno Wilayah, DAP hari ini menimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah jika Abdul Gani tetap enggan menyemak semula keputusan ‘tiada tindakan lanjut’ tersebut.


         Ugutan bakar Bible Ibrahim Ali untuk pertahankan Islam, kata Putrajaya

Putrajaya mempertahankan tindakan Datuk Ibrahim Ali yang pernah membuat ugutan membakar kitab Bible berbahasa Melayu apabila menyatakan presiden Perkasa itu tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam.

Menteri di Jabatan Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Syukri ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata ugutan itu hanya ditujukan kepada individu tertentu yang menyebarkan Bible versi bahasa Melayu Jawi.

"Kata-kata yang diucapkan beliau (Ibrahim) ditujukan kepada individu yang mengedar naskah Bible mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang termasuk pelajar Melayu.

"Kenyataan yang dibuat beliau tidak berniat menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam," kata Nancy dalam jawapan bertulis Parlimen itu.

Menurut Nancy, oleh kerana itu, tiada pendakwaan dilakukan terhadap Ibrahim.

Dalam soalan di Dewan Rakyat semalam, Lim meminta perdana menteri menjelaskan mengapa presiden Perkasa itu tidak didakwa mengikut Akta Hasutan berikutan ugutannya membakar Bible.

Laporan polis dibuat terhadap Ibrahim dan beliau dipanggil untuk direkod keterangan, tetapi tiada tindakan susulan, Lim turut bertanya bila Putrajaya akan memansuhkan Akta Hasutan seperti dijanjikan perdana menteri. ‎

Nancy berkata,Putrajaya kini dalam proses rundingan bagi menentukan hala tuju yang akan diambil berkenaan Akta Hasutan, Beliau berkata, setiap pendakwaan di bawah Akta Hasutan masih berkuat kuasa sehingga ia dimansuhkan. ‎

Katanya lagi, jumlah pendakwaan mengikut Akta Hasutan pada Januari hingga September adalah sebanyak 12 kes, "Untuk 2013, sebanyak 8 kes dilaporkan, dan antara 2009 hingga 2011 hanya satu kes dilaporkan," katanya.

The Malaysian Insider


                      Serangan samseng Umno: DAP akan bawa ke mahkamah

DAP hari ini mempertimbangkan untuk membawa kes rusuhan Pemuda Umno di Ibu Pejabat parti itu ke mahkamah jika Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail tidak melakukan semakan semula mengenai kejadian tersebut.

Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata, tindakan lanjut perlu diambil berikutan ugutan para perusuh mahu membakar ibu pejabat DAP dan cuba mencetuskan provokasi perkauman.

“Saya mengutuk jawapan dari Peguam Negara yang memomokkan sistem kehakiman dengan mempertahankan tindakan salah.

“Keputusan ini jelas akan lebih menghakis kepercayaan awam terhadap sistem keadilan negara,” kata Ahli Parlimen Cheras itu dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming di Lobi Parlimen.

22 Mei lalu, 50 orang samseng Pemuda Umno diketuai Mohd Razlan Muhamad Rafi mengadakan demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu kira-kira jam 3 petang.

50 samseng Pemuda Umno itu telah bertindak biadap dengan mencetuskan provokasi perkauman apabila membawa banner bertulis ‘RSN Rayer anak haram!’ dan ‘Melayu Umno bukan barang dagangan! Mampus DAP!’.

Mohd Razlan yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan turut bertindak melampau apabila menggumpalkan kertas memorandum bantahan dan membalingnya ke muka Ong Kian Ming.

Menurut Kian Ming pula, berdasarkan lampiran jawapan diterima pihaknya, PDRM telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah lengkap dan telah diedarkan ke Pejabat Peguam Negara pada 17 September 2014.

“Malangnya Pejabat Peguam Negara memutuskan kes sebagai No Further Action (NFA),” ujarnya.  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.