`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 11, 2014

Dua beradik pelajar Politeknik tak mampu bayar yuran


Saya baru mendapat maklumat mengenai dua beradik pelajar di sebuah Politeknik Kementerian Pendidikan mungkin tidak dapat menduduki peperiksaan semester jika tidak membayar yuran pengajian sebelum 2 ptg hari Isnin 13 Oktober 2014 ini.

Yang kakak di final semester pengajian Diploma dengan CGPA 3.58. Yang adik baru semester pertama. Ayah mereka bekerja sebagai pemandu bas, emak suri rumah sepenuh masa.

Keluarga ini dari Muar, Johor.

Abang semester 3 ambil degree di sebuah IPTA, kakak pula final semester juga di sebuah IPTA. Kemudian ada adik di Tingkatan 4, Tingkatan 3 dan darjah 3.

Yuran perlu dibayar untuk 2 beradik ini berjumlah RM2020, baru dapat kumpul RM400, perlu cari lagi RM1,600.

Kakaknya kata duit PTPTN hanya akan diterima pada bulan Januari 2015, jadi mereka mahu pinjam saja RM1600 tersebut, dah dapat PTPTN mereka akan bayar semula kepada sesiapa yang sudi untuk pinjamkan.

Mereka yang ingin membantu sila Whatsapp kepada saya Rozmal 012-2267406, saya akan berikan butiran pelajar ini.

Atau boleh salurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank , no akaun 155126945930

Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Butiran yuran Politeknik yang perlu dibayar ;
Yuran pengajian RM200 seorang
Yuran asrama RM60 seorang
Yuran pendaftaran semester satu RM800
Yuran pelajar senior semester 3 RM500
Yuran koperasi semester 1 RM100
Yuran koperasi semester 3 RM100

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.