`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 10, 2014

Hakim: Kartun tak perlu serius seperti prosa

 
  Kartun, satira dan parodi tidak seharusnya diambil serius sama seperti tulisan prosa, kata seorang hakim Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan semalam, yang membatalkan pengharaman buku kartun oleh kartunis politik Zunar, Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff berkata, semua kartun adalah bertujuan untuk "membesar-besarkan, menyindir dan kehidupan parodi".

Ini termasuk ruang "kehidupan politik", kata Hakim Mohamad Ariff.

“Kita bukan berdepan dengan karya sastera dalam bentuk tulisan prosa yang serius. Sebaliknya kita berdepan dengan kartun, kartun politik, satira dan parodi...

“Tiada orang yang berfikiran waras yang akan membaca kartun dengan tumpuan, penilaian dan kesungguhan sama seperti orang yang membaca karya sastera.

“Apabila dibaca (atau mungkin hanya diimbas lalu), mereka akan geli hati, atau mungkin tertawa, dan menyebabkan orang berfikir sejenak mengenai sudut kehidupan yang melucukan itu sejenak,” katanya.

Hakim itu berkata, walau kartun Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaq, boleh dianggap “biadap”, tiada bukti yang menunjukkan bahawa ia boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Keputusan panel tiga orang hakim itu semalam sekali gus membatalkan pengharaman ke atas buku Zunar bertajuk ‘1 Funny Malaysia’ dan ‘Perak Darul Kartun’.

Mahkamah juga mengarahkan salinan buku yang dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri dikembalikan kepada Zunar.

Dua lagi anggota panel tersebut ialah Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Varghese George Varughese.

Buku berkenaan diterbitkan oleh Sepakat Efektif Sdn Bhd dan Mkini Dotcom Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.