`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 17, 2014

HARGA INTERNET DI MALAYSIA JAUH LEBIH MAHAL DAN LEMBAB BERBANDING KAMPUCHEA DAN VIETNAM!


DI INDO 12 GB RP49 RIBU BERSAMAAN DENGAN RM15
Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.

“Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.

“Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka,” katanya, semalam.

Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.

Malah, berdasarkan kajian Bank Dunia, peratusan ini akan terus meningkat pada tahun akan datang.

Menurut Kok Hoong, kerajaan perlu memikirkan cara menurunkan harga internet berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.

“Kita sedang menuju ke arah negara maju dan ekonomi baru yang menggunakan internet dalam semua urusan.

“Masyarakat juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai salah satu sumber pencarian mereka terutama dalam urus niaga elektronik,” katanya.

Jadi katanya, harga internet yang murah akan memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat menurunkan harga internet, kualiti perkhidmatan itu perlu dipertingkatkan selari dengan harga yang dikenakan.

“Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengujian internet dunia Ookla, Malaysia berada pada kedudukan 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia,” katanya.

Malah katanya, Malaysia berada di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.