`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 17, 2014

HARI ITU LENSA DESAK PAS KELUAR PAKATAN... HARI INI DESAK DSAI BERSARA DARI POLITIK JANGAN HERET RAKYAT PULA.




Pergh!!!!!! ... Dahsyat sungguh kumpulan anak-anak muda yang menggelar diri mereka LENSA ini .. ahli tidak seberapa tapi dia punya lagak mengalahkan ada sejuta penyokong.

Hari itu desak TGHA ikut semangat dan peraturan Pakatan Rakyat jika tidak dipersilakan keluar dengan menghantar memorandum di Pejabat Agung PAS .. hari ini lagi dahsyat .. hentam DSAI tanpa ada sedikit pun rasa hormat.

Itu hak mereka .. meraikan perbezaan pandangan dan pendapat .. tapi sampai mendesak dengan memberi kata dua rasanya sudah banyak lebih ... LU SIAPA MAU BICARA KUAT.

Masih berhingus sudah mau tunjuk lagak hebat... Peliknya meriam buluhnya ini tidak mau pula di halakan kepada DAP ... Kenapa ek????? ... Ada apa-apa ke dengan DAP???? .. Musykil sungguhlah .. Atau LENSA ini di wujudkan untuk memecahkan Pakatan Rakyat??????


Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menimbulkan gesaan agar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Gesaan itu bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan 'Rakyat Hakim Negara' yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Jurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah.

Beliau juga mendakwa, semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas bekas timbalan perdana menteri Umno itu.

"Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

"Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu.

"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?," soalnya dalam surat yang diperolehi Malaysiakini.

Menurutnya, Anwar perlu bersimpati dengan golongan penyokong yang sejak sekian lama menunjukkan solidariti bersama Anwar.

"Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

"Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri," kata Ekhsan lagi.

Himpunan 'Rakyat Hakim Negara' anjuran sayap pemuda PKR, AMK itu diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.



KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.