`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 18, 2014

Ibu Tunggal Kantooi Dengan Teman Lelaki.Bila Di Berkas Oleh Penguatkuasa.

  • Ibu tunggal empat anak ini ditahan bersama teman lelakinya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Yahaya Ahmad, pagi kelmarin.Ibu tunggal empat anak ini ditahan bersama teman lelakinya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Yahaya Ahmad, pagi kelmarin.
 1 / 1 

DUNGUN – Kunjungan seorang ibu tunggal ke rumah teman lelakinya membawa padah apabila dia ditahan bersama pasangannya itu dalam satu serbuan di sebuah rumah, dekat Tanah Lot, pagi kelmarin.

Wanita berusia 33 tahun itu dikatakan baharu dua hari datang ke Dungun dan menumpang di rumah teman lelakinya sementara menunggu tawaran kerja.

Namun, nasibnya kurang baik apabila dia ditahan bersama teman lelakinya itu selepas disyaki mengambil dadah berbahaya.

Ibu tunggal empat anak itu mengakui, dia pernah ditahan kerana disyaki terbabit kes jenayah, selain turut didenda RM3,000 kerana didapati bersalah mengambil dadah.

Namun, hukuman itu gagal memberi pengajaran apabila wanita berasal dari Kampung Raja, Besut itu terjebak semula dalam penyalahgunaan dadah berikutan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah methamphetamine (pil kuda).

Hasil pemeriksaan lanjut dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di sebuah rumah Jalan Yahaya Ahmad itu turut menemui sejumlah dadah jenis syabu, heroin dan juga pil kuda dipercayai milik lelaki terbabit, yang dikatakan turut mempunyai rekod jenayah lain termasuk memiliki barang kes pecah rumah.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dungun untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.