`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 8, 2014

INGATKAN DAH TUKAR MB BAHARU SUDAH TIADA LAGI GANGGUAN AIR ... GANGGUAN BEKALAN AIR MULAI ESOK DI EMPAT DAERAH SELANGOR.



Beberapa kawasan di 4 daerah Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada Khamis ini (9 Oktober) mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gangguan itu berikutan kerja pembaikan saluran paip oleh Konsortium Abass Sdn Bhd di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

Katanya, pada masa sama pihak Syabas turut melaksanakan kerja menaik taraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan.

Menurutnya, di Sepang, kawasan yang terjejas ialah Bandar Baru Salak Tinggi, IOI Sepang, Mardi, Suria Tropika, D'Alpinia, Jenderam Hilir, 16 Sierra dan Sungai Buah.

Di Petaling, kawasan terjejas ialah Bandar Bukit Puchong, Bandar Putra Permai, Bukit Puchong, Bukit Serdang, Kota Perdana, Lestari Perdana, Meranti Puchong, Lestari Puchong, Pinggiran Putra, Taman Universiti Indah, Taman Puncak Jalil, Pasar Borong Selangor, Hospital Serdang dan Astro Bukit Jalil.

Di Hulu Langat, kawasan terjejas ialah Bandar Sri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Kampung Rinching Hilir, Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Kampung Sungai Purun, Semenyih, Mines Resort dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Kawasan yang terjejas di Gombak ialah Air Panas Setapak, Hospital Columbia, Jalan Semarak, Taman Danau Kota, Kampung Bandar Dalam, Taman Prima Setapak, Jalan Genting Kelang, Jalan Langkawi, Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak.

Syabas menasihati pengguna supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip Puspel dan dihantar ke 39222 untuk pertanyaan lanjut.

Maklumat lanjut tentang gangguan bekalan air sementara ini juga boleh didapati di laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. – Bernama

JANGAN TERKEJUT JIKA ADA MACAI JUMUD YANG MEMBUAT TUDUHAN INI ADALAH KONSPIRASI TSKI UNTUK MEMBURUK-BURUKAN KERAJAAN SELANGOR YANG DIPIMPIN MENTERI BESAR BAHARU.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.