`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 8, 2014

" Inilah Perangai Sebenar Pemimpin UMNO. Jika Melibatkan Kubu Kuat UMNO Diam Seribu Bahasa "




Isu beer punya pasal, kecoh satu Malaysia sampai hilang terus isu kenaikan harga minyak. Isu papan tanda yang tidak pernah pun diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor.

Lupakan sejenak isu beer di Selangor, rupa-rupanya acara grand final minum beer nih kat Johor, negeri kubu kuat UMNO. Tapi sehingga hari ini belum ada lagi mana-mana pemimpin UMNO terutama Noh Omar bersuara untuk menentang penganjuran acara ini di Johor dan lain-lain negeri yang diperintah oleh BN.

Noh Omar terkilan pesta arak dibenarkan, tetapi Noh Omar ini dan geng-geng beliau iaitu UMNO tidak pernah terkilan pun kilang arak terbesar di negara ini dibina di Selangor pada zaman UMNO yang dirasmikan oleh PM pada masa itu Tun Abdul Razak.

Hang nak berjuang kenalah berjuang untuk semua jangan bila melibatkan negeri PR hang nak jadi hero. Hal pun masih belum jelas dengan status kelulusan dan yang meluluskan, masing-masing pun tidak mengaku dan saling menuding jari antara satu dengan yang lain.

Rakyat tahulah menilai hang tu ikhlas atau tidak ikhlas berjuang menegakkan Islam. Lepas nih rakyat pun nak tengok si Noh Omar nih bantah pesta arak di negeri-negeri UMNO pula.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.