`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 10, 2014

ISU PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA ... SEBELUM INI AZMIN CAKAP AKAN TELITI ... SETELAH LIHAT DOKUMEN, SURUH MUKTAMADKAN SEGERA!!!!



Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin menyuarakan kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan.

"Saya tidak mahu mendedahkan sekarang... ancaman itu daripada peringkat kerajaan Pusat," kata Azmin kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran di Masjid Al Iman, Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini.

"Kita mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu," kata Azmin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau turut mengharapkan agar perjanjian itu dihormati semua pihak.

"Tetapi semua pihak perlu menghormati pelaksanan penstrukturan ini," katanya.

Azmin berkata beliau juga menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili untuk memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri Selangor mendedahkan kandungan air tersebut kepada umum.

Beliau berkata, pihaknya menerima tiga salinan asal ketiga-tiga perjanjian penstrukturan air tersebut, namun dokumen itu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kesemua tiga perjanjian ini terikat dengan OSA.

"Ini bukan soal keselamatan, tiada sebab dilindungi," katanya.

Azmin pada 2 Oktober dilaporkan berkata beliau akan meneliti perjanjian penstrukturan semula bekalan air di negeri ini dengan mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) memberi taklimat tentang proses tersebut.

Azmin berkata, taklimat itu penting bagi membolehkan barisan Exco yang baru dilantik mengetahui secara lebih terperinci kandungan perjanjian berkenaan.

Menurutnya, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kepentingan penguna dan rakyat adalah terjamin dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dan Persekutuan itu.

Kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Khalid memeterai perjanjian pengambil alihan tiga syarikat konsesi dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

Sebuah lagi sarikat konsesi, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bagaimanapun menolak tawaran tersebut.


TIDAK TAU NAK CAKAP APA LAGI DAH .... SEBELUM INI BUKAN MAIN BERIYA-IYA NAK TELITI DAN KAJI SEMULA .. DAH LIHAT DOKUMEN LAIN PULA NADANYA ... MAU PERJANJIAN DIMUKTAMADKAN SEGERA PULA TANPA PERLU BUAT KAJIAN LAGI.

JADI ADAKAH SELAMA INI ISU PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA YANG DIGEMBAR GEMBURKAN SEBAGAI SALAH SATU ALASAN UTAMA DAN PENTING MENGAPA TSKI HARUS DI SEPAK TERAJANG DARI KERUSI MB SELANGOR HANYA ALASAN SAHAJA???

BILA TIBA MASANYA MAUKAN PERJANJIAN ITU DISEGERAKAN PULA .. JADI DIMANA RASIONALNYA ALASAN ITU SEBAGAI MEMBEBANKAN RAKYAT SELAMA INI????

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.