`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 19, 2014

Kenapa kita perlu sokong perjuangan Anwar

Anwar merupakan individiu yang jelas teraniaya melalui konspirasi berbentuk jahat jijik dan fitnah bertujuan semata-mata untuk menjatuhkan karier DSAI sebagai ahli politik yang disegani.

 Sebagai manusia yg memperjuangkan keadilan, kita semua patut terus bersama dengan perjuangan Anwar Ibrahim kerana menyakini bahawa Anwar Ibrahim telah dizalimi dan difitnah semata-mata kerana beliau menentang pemimpin umno/bn yang zalim, rasuah dan korup. 

 1) Dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabitTun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1990Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim, Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut:

 1. Dang Wangi Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri,Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz, atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.

 2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.

 3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin.Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit.Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim.Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta.Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta.dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.

 KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau,telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama “Anwar”.

 Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan… (Sumber rujukan : di sini )

Kerajaan umno/bn sanggup menyalahgunakan sistem kehakiman, mahkamah, undang-undang, akta-akta dan agensi kerajaan untuk menghalang suara rakyat yang menentang kerajaan umno/bn yang zalim, salahguna kuasa, rasuah, boros, songlap dan korup.
Hj Hadi bersama Anwar; 
ketika ini kentut masing-masing wangi...


 Kita patut mencontohi kegigihan Anwar dalam perjuangannya yang tidak bernoktah.Dijasadnya mengalir darah perjuangan.Beliau digeruni oleh musuh malah oleh rakan sendiri. Beliau bukan sahaja mendepani konspirasi jahat dari musuh yang jelas, malah terpaksa melayan karenah rakan-rakan sendiri yang berusaha untuk menikamnya dari belakang.


 Kita perlu meneruskan memperjuangkan keadilan sekalipun Anwar Ibrahim sudah tiada lagi kerana itu adalah tugas pejuang-pejuang yang berpendirian teguh dan gigih menghadapi apa juga cabaran dan halangan sebagaimana yang dipamerkan kepada kita oleh Anwar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.