`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 27, 2014

Kenyataan Ibrahim Ali tetap berbaur hasutan, Khairy tak setuju dengan Peguam Negara

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetap dengan pendiriannya sebelum ini, kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang menggesa Bible berbahasa Melayu dibakar sebagai menghasut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2014. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetap dengan pendiriannya sebelum ini, kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang menggesa Bible berbahasa Melayu dibakar sebagai menghasut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2014. 
Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak bersetuju dengan Jabatan Peguam Negara yang tidak mengklasifikasikan kenyataan Datuk Ibrahim Ali menggesa Bible berbahasa Melayu dibakar sebagai mengasut.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, jelas apa yang diperkatakan Ibrahim adalah menghasut kerana mahu membakar kitab suci agama lain.
"Saya dah buat pendirian berkenaan kes ini. Bagi saya ia berbaur hasutan. Saya tak setuju.
"Peguam Negara ada kebebasan untuk buat keputusan dari segi pendakwaan. Tetapi kalau ditanya saya adakah kenyataan itu menghasut? Sudah tentu," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn hari ini.
Jabatan Peguam Negara hari ini memecah kebisuannya selama ini berhubung keputusan tiadanya tindakan terhadap Ibrahim yang menggesa Bible berbahasa Melayu dibakar.
Ia mengatakan, seruan presiden Perkasa itu mesti dilihat daripada keseluruhan konteks dan menambah kenyataannya waktu itu hanya ditujukan kepada kejadian di mana Bible tersebut diedarkan kepada pelajar Islam di SMK Jelutong, Pulau Pinang.
"Sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah, sebelum sesuatu kenyataan itu dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut, kenyataan itu hendaklah dilihat secara keseluruhan dan tidak boleh dipisahkan daripada konteks di mana ia dibuat.
"Apabila dikaji di dalam konteksnya secara keseluruhan, kenyataan Ibrahim tidak tergolong sebagai kecenderungan menghasut.
"Jelas Ibrahim bukan berniat menimbulkan kekecohan keagamaan tetapi hanyalah mempertahankan kesucian agama Islam," menurut kenyataan itu hari ini.
Khairy berkata, kenyataan Ibrahim itu perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas dan bagaimana ia memberi kesan kepada penghinaan kepada kitab suci sesebuah agama. 
"Bayangkan kalau ada orang cakap macam tu pasal Al-Quran. Sudah tentulah menghasut,” katanya.
Ketika ditanya kemungkinan pandangannya itu bercanggah dengan kebanyakan pemimpin Umno, Khairy menjawab ringkas, "Sebab itu saya KJ.”
Jabatan Peguam Negara hari ini turut menjelaskan kenyataan Ibrahim tersebut tidak terpakai kepada Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana tidak mempunyai niat memnghina atau mencetuskan provokasi yang mengancam orang awam.   
“Beliau turut tidak melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298 atau 298A Kanun Keseksaan kerana jelas beliau mempertahankan kesucian Islam,” kata Jabatan Peguam Negara.
Sebelum ini pelbagai pihak mahu Ibrahim didakwa mengikut Akta Hasutan atas kenyatannya yang mahu membakar Bible berbahasa Melayu.
Desakan tersebut bukan sahaja datang daripada pemimpin pembangkang malah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut membuat gesaan sama.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.