`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 17, 2014

Kepala budak perempuan tersangkut di tingkat 15


SEORANG kanak-kanak tersangkut di geriji tingkap di sebuah pangsapuri di bandar Chongqing, China baru-baru ini.


BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terselamat daripada maut selepas kepalanya tersangkut di besi geriji tingkap selepas dia cuba keluar dari tingkap sebuah apartmen yang terletak di tingkat 15 di sini, lapor Mail Online kelmarin.
Kejadian di bandar Chongqing itu berlaku selepas kanak-kanak itu cuba keluar dari rumahnya melalui tingkap selepas dibiarkan berseorangan oleh ibu bapanya yang keluar bekerja.
Beberapa jiran yang terkejut melihat kanak-kanak itu tergantung di tingkap di tingkat 15 segera menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.
Satu pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian telah bertindak memecah kediaman tersebut sebelum memotong besi geriji untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.
Seorang jurucakap bomba berkata, kanak-kanak tersebut cuba keluar dari rumah tersebut dengan menyusup di celah geriji tingkap berkenaan.
“Badan kanak-kanak itu berjaya melepasi geriji berkenaan tetapi kepalanya yang lebih besar tersangkut menyebabkan dia tergantung.
“Kanak-kanak ini berbasib baik kerana kepalanya tersangkut , jika tidak dia mungkin sudah mati,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.