`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 26, 2014

Komander ESSCOM Sahkan Berlaku Kejadian Tembak-Menembak Di Semporna, Sabah Pagi Tadi

Komander ESSCOM sahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna pagi tadiKomander Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, (ESSCOM), DCP Datuk Abd Rashid Harun mengesahkan berlaku kejadian tembak menembak di Semporna, Sabah awal pagi tadi.

Komander ESSCOM DCP Datuk Abd Rashid (foto) mengesahkan kejadian tersebut berlaku apabila suspek melepaskan tembakan awal ke arah pasukan polis. 

Menurut Abd Rashid, kejadian tersebut berlaku apabila suspek melepaskan tembakan awal kepada pasukan bertindak polis.

“Ya, ada insiden tembak-menembak berlaku. Ia bermula apabila ada tembakan dilepaskan kepada pasukan polis dan polis telah membalas dengan beberapa tembakan” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut laporan akhbar The Star hari ini, pasukan polis telah menembak mati suspek yang merupakan seorang lelaki yang dikehendaki polis.

Bagaimanapun, Abd Rashid enggan mengulas mengenai berlaku kematian dari insiden tersebut dan memberitahu bahawa identiti suspek masih di bawah siasatan polis.

Abd Rashid dijangka mengumumkan butiran mengenai insiden itu pada sidang akhbar tergempar pukul 2 petang ini di Pengkalan Marin, Semporna. - astro awani


                         Lelaki Dikehendaki Polis Ditembak Mati Di Semporna

[mstar]- Pasukan keselamatan menembak mati seorang suspek lelaki yang dikehendaki polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Semporna pada awal pagi Ahad.

Difahamkan pasukan keselamatan sedang mengenal pasti lelaki berkenaan yang ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri selepas insiden itu.

Keterangan dari polis marin yang bertugas turut dirakamkan.

Komander Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid dijangka akan mengeluarkan butiran mengenai kejadian itu dalam satu sidang media yang akan diadakan pada Ahad.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.