`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 27, 2014

Kronologi peristiwa kes fitnah liwat 2

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi peristiwa berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 28 Jun, 2008 : Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.

Pada 30 Jun, 2008 : Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful, yang membuat laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat, dengan mendakwa laporan itu palsu dan berniat jahat.

Pada 7 Ogos, 2008 : Anwar, 60, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

On Nov 7, 2008 : Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

Pada 5 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.


Pada 6 Mac, 2009 : Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada 10 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

Pada 17 Jun, 2009 : Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Nov, 2009 : Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Pada 1 Dis, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Semasa menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan itu.

Pada 3 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful berkata insident itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Pada 5 Feb, 2010 : Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

Pada 9 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri.

Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak bereat sebelah.

Pada 18 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.

On 25 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

Pada 3 Mac, 2010 : Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membasuh duburnya selepas insiden liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 kerana beliau mahu "simpan bukti".

Mohd Saiful, saksi utama terhadap kes liwat ketua pembangkang itu, juga memberitahu bahawa beliau tidak mandi selepas insiden itu sebaliknya hanya menyiram tubuhnya.

Beliau mandi pada pagi sebelum insiden itu berlaku, katanya.

Pada 16 Ogos, 2010 : Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.

Pada 20 Sept, 2010 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.