`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 28, 2014

Lagi Maksiat Dalam Masjid Dirakam CCTV Kamera Litar Tertutup (CCTV)


KANTOI.. Kejadian tidak bermoral di Masjid Jamek kantoi apabila tindak-tanduknya sudah diperhatikan oleh imam dan bilal masjid melalui dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang di pasang di Masjid itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kelibat lelaki itu kelihatan memasuki masjid berkenaan sebelum menuju ke bahagian solat wanita.

Bilal masjid, Mohd Irfan Mohd Yusof berkata, ketika kejadian, dia bersama imam, Mohd Hasbi Zainun berada di dalam bilik imam dan memantau rakaman CCTV yang ada.

Menurutnya, melalui rakaman itu, dia melihat lelaki terbabit menggunakan dawai yang bergam untuk mengail duit tabung tersebut.

“Selepas beberapa minit melihat lelaki itu leka membuat kerja tidak bermoral itu, Mohd Hasbi bertindak keluar dari bilik dan menegur lelaki berkenaan.

“Bagaimana pun dia menafikan cuba mencuri duit tabung sebelum kami melihat dawai yang dipegangnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Irfan berkata, itu merupakan kejadian keempat sepanjang Ramadan namun hanya semalam suspek berjaya ditangkap.

Katanya, mereka bersama empat lagi penduduk kampung sudah dari awal mengawal kawasan masjid kerana yakin suspek akan datang semula untuk mencuri.

“Sebelum ini, kami hanya melihat melalui rakaman CCTV kerana tidak berada di masjid ketika kejadian, tetapi malam semalam, kami memang rancang dari awal.

“Tak sangka dia sanggup mencuri duit tabung masjid terutama pada bulan puasa. Kami menelefon pihak polis dan lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Beserah untuk siasatan,” katanya.

Mohd Irfan berkata, sehubungan itu dia membuat laporan polis di Balai Polis Beserah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.