`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 16, 2014

Lelaki Ini Sanggup Bongkar Rahsia Mudah Bagi Menjimatkan Minyak Kereta. Mudahnya!



Isu minyak naik harga memang tak akan habis. Kenapa? Sebab mungkin lepas ni harga minyak tetap juga naik.

Tapi, apa kata kita lupakan isu pokok dan masalah ini. Mari kita fikirkan jalan penyelesaiannya.

Kami ingin kongsikan rahsia mudah untuk jimatkan minyak kereta yang telah dititipkan oleh Tuan Azizul Azli.

KERETA KECIL WARNA MERAH

Setiap rumah hari ini harus ada kereta kecil, saya beranggapan ia sama pentingnya dengan sikat rambut.

Izinkan saya bercerita :

Sejak dahulu kala saya tetap beranggapan bahawa minyak akan tetap naik harga. Saya tidak pernah bersandarkan harapan kepada sesiapa apatah lagi ahli politik yang hanya pandai berbicara.

Saya kekal dengan kenderaan kecil sejak saya mula kerja, dari kerja biasa hingga saya hari ini dengan beberapa pelaburan rumah sewa.

Kereta kecil ini sangat menjimatkan, urusan anak, masjid-surau, kepasar, cuci rumah, jumpa penyewa baru, datang kerja , parking dicelah pokok semua dia boleh lakukan. Cuma saya belum pernah cuba terbang.

Pelajar saya Nabihah Zainol pernah berkata, kereta kancilnya paling awal masuk syurga sebab satu keluarga mereka jika kemasjid dan terawih ia jadi peneman setia.

Beli sebuah kereta kecil dan letakkan dirumah, anda akan tahu nikmatnya.

Setangki penuh kancil saya cuma 27 liter sahaja. Kenaikkan RM0.20 sen baru ini menambahkan perbelanjaan saya menjadi RM5.40 sahaja. Jika sebulan empat kali isi baru RM21.20.

Bersamaan dengan dua kotak rokok sahaja.

Berhenti bergantung harap pada ahli politik, mereka ada kocek yang mereka perlu isi. Rancang hidup dan mulakan dengan kereta kecil.

Berusaha mengubah nasib hidup kita dan bukannya janji manis politik belaka.

Waktu kecil saya didik untuk menyanyi lagu ‘kereta kecil warna merah, boleh ku bawak kesekolah’

Kita hanya berusaha dan bergantung harap pada-Nya. Bukan sesama manusia.

Wallahu A’llam

‪#‎RancangHidupKitaAgarSempurna‬

Credit : Azizul Azli Ahmad, dengan izin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.