`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 28, 2014

[LIVE - GAMBAR] Saman Fitnah Pil Kuda Ditangguh 23.11.2014


Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi di sini, dipenuhi ratusan penyokong dan pengikut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mengikuti perbicaraan kes saman RM2 juta terhadapnya. 

Pekarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu.

Malah, galeri awam mahkamah turut dipenuhi penyokongnya.

Abdul Hadi tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi

Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda, sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Plaintif sebelum ini menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dalam surat balasnya, Presiden PAS itu menafikan pernah mengaitkan plaintif dengan kegiatan penagihan pil kuda. -BH

TERKINI: Perbicaraan di tangguh ke 23 November 2014.

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan satu hari lagi pada 23 November depan untuk tarikh perbicaraan kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Aiffin Deraman memberi keterangan.

Sebelum itu, Hj Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan.

Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini.

Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu. 



‘Saya tidak kenal plaintif’, kata Hadi dalam kes saman calon PKR

"Saya tak kenal langsung plaintif. Macamana saya nak fitnah dia?!" kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kandang saksi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini.

Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan keterangan sebagai saksi utama terhadap saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Dalam saman itu, Shamsul mendakwa Hadi menuduh beliau menjual pil kuda.

Hadi memasuki kandang saksi kira-kira jam 10 pagi ini bagi memberikan keterangan dengan diiringi para penyokong yang memenuhi perkarangan mahkamah itu, termasuk isterinya, Datin Seri Zainab Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Ketua Wanita PAS Siti Zailah Mohd Yusof dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Sebelum Hadi memberikan keterangan, Adun Bandar yang juga Ketua PKR Terengganu, Azan Ismail, memberikan keterangan sebagai saksi plaintif.

Hadi selesai memberikan keterangan kira-kira sejam kemudian.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa kemudiannya menangguhkan perbicaraan kepada 23 November ini.

Hadi disaman Shamsul kerana mendakwa ada calon PKR semasa pilihan raya umum ke-13 lalu menjual pil kuda, iaitu sejenis dadah.

Dakwaan itu dibuat Hadi dalam ceramahnya di Alor Limbat, Marang, Terengganu menjelang pilihan raya itu.

Ekoran itu, PAS meletakkan calonnya juga di tiga kawasan DUN yang sepatutnya ditandingi calon PKR bagi pihak Pakatan Rakyat termasuk Bukit Besi. Ini disusuli tindakan saman oleh Shamsul.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat penghakiman engkar ke atas Hadi dan meminta beliau membayar RM2 juta kepada Shamsul.

Bagaimana pun, mahkamah kemudiannya mengenepikan perintah itu selepas rayuan Hadi.

Ketika Hadi menghadapi saman dari bekas calon PKR ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berada di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, tetapi dalam kandang tertuduh.

Anwar sedang merayu kepada Mahkamah Persekutuan bagi membebaskannya ekoran keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas beliau. 
-TMI




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.