`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 20, 2014

MAFIA BERMAHARAJALELA DI PERAK, PENGUATKUASA HABIS DIBELI?.....APA KEJADAHNYA!!!!

Mafia Kuala Sepetang bermaharajalela Didakwa ‘kebal’ daripada tindakan pihak berkuasa, Didakwa ‘kebal’ daripada tindakan pihak berkuasa

Gambar yang dirakamkan oleh Mingguan Malaysia ini menunjukkan beberapa buah bangunan berwarna biru yang dijadikan tempat pengumpulan sarang burung. Namun menurut sumber, ia kelihatan mencurigakan kerana dibina di atas tanah kerajaan yang diceroboh dan dipercayai terlibat dengan kegiatan judi haram secara aktif. Kawasan Kuala Sangga ini juga didakwa terlibat dengan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata.

KUALA LUMPUR 18 Okt.

Kita mungkin tidak percaya. Kawasan yang terkenal de­ngan mi udang di barat-tengah negeri Perak itu didakwa lubuk penjenayah yang dikawal sepenuhnya oleh kumpulan mafia.

Tiga rangkaian kawasan itu di pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga dipercayai tersembunyi aktiviti jenayah daripada penceroboh tanah kerajaan, penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian haram sehingga kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara beramai-ramai.


Siasatan Mingguan Malaysia mendapati, kegiatan haram itu dipercayai dilakukan oleh sindiket yang cukup berpengaruh sehingga mampu menutup mulut seluruh penduduk tempatan daripada mendedahkan perbuatan mereka kepada pihak berkuasa.

Lebih parah, satu sumber men­dedahkan, walaupun pihak berkuasa menyedari hal tersebut, namun mereka sendiri sama ada tidak berani mengambil tindakan atau sengaja membiarkan sindiket-sindiket tersebut bermaharajalela kerana didakwa telah ‘dibeli’.


Pencerobohan tanah kerajaan negeri yang diwartakan sebagai ri­zab hutan bakau misalnya berlaku di Perkampungan Tersusun Bagan Panchor Tambahan di Mukim Su­ngai Tinggi, yang didakwa diteroka untuk dibangunkan dengan pe­nempatan haram.

Kerajaan negeri bukan sahaja kerugian berjuta-juta ringgit akibat pengelakan cukai tanah malah tanah rizab yang disimpan bagi memulihara keseimbangan ekosistem untuk dinikmati generasi akan datang, dimusnahkan.

Sudahlah menceroboh tanah, sindiket ini didakwa berani pula menjalankan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah serta kegiatan jenayah lain.

Menurut sumber, beliau mendapat maklumat terdapat satu gudang di perkampungan tersebut yang dipercayai sama ada menjadi tempat penyimpanan dadah seludup atau tempat pemprosesan dan pengedaran dadah.

Sumber itu mendakwa, kawasan tersebut dikawal rapi sehinggakan apabila terdapat orang luar dikesan cuba memasukinya, mereka akan diekori dan jika tersilap langkah mungkin tidak dapat keluar dari situ.

Wartawan Mingguan Malaysia sendiri yang ditemani sumber dalaman yang mahir dengan selok-belok kawasan tersebut berkali-kali diingatkan supaya sentiasa berwaspada.

Pekan Kuala Sepetang turut didakwa menjadi antara pusat penyeludupan terbesar di negara ini. Antara kegiatan penyeludupan yang dipercayai berlaku di situ ialah dadah, senjata api, rokok, arak dan diesel.

Di Bagan Panchor, Kuala Sepetang juga keadaannya sama dipercayai dikuasai oleh sindiket berpengaruh sehinggakan pihak berkuasa dikatakan tidak berani mengacau kawasan berkenaan.

Berdekatan Kuala Sepetang, tepatnya di Pulau Kuala Sangga pula didakwa dijadikan pusat perjudian haram selain merupakan lokasi penyeludupan.

Soalnya, sampai bila aktiviti jenayah ini dibiar berterusan? Kebal sangatkah sindiket-sindiket ber­kenaan sehingga pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan?

Jika demikianlah halnya, maka generasi masa depan akan hidup diancam bahaya dek perangai penguat kuasa undang-undang dikawal dan ‘dicucuk hidung’ oleh penjenayah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.