`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 15, 2014

MANSUH AES DAN NAIKKAN HAD LAJU KENDERAAN DI MALAYSIA

Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan semalam dalam satu kenyataan kepada media telah mendesak kerajaan mengkaji semula penggunaan Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan peraturan had laju kenderaan.

Manivanan dalam kenyataannya itu berkata, penggunaan AES yang dilaksanakan sekarang adalah tidak praktikal dan seolah-olah bertujuan mencari kesalahan pengguna jalan raya dan memeras wang rakyat melalui saman yang dikeluarkan.

Manakala, peraturan had laju 90 kilometer sejam yang dikuatkuasakan oleh peraturan AES tidak sesuai dilaksanakan disesetengah lebuhraya di negara ini.

“AES dilihat tidak memberi manfaat kepada rakyat dan ini merupakan satu hukuman sahaja kepada mereka yang melanggar undang-undang jalan raya, walhal banyak cara untuk atasi masalah tersebut,” ujar beliau,

Menurut Manivanan, saman AES wajar dikaji semula kerana ekonomi rakyat yang tidak stabil disebabkan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Oleh itu, beliau meminta agar kerajaan memansuhkan terus penggunaan kamera AES dan mengkaji semula peraturan had laju kenderaan.

“Kita minta ia dimansuhkan sahaja. Kerajaan tak pernah buat kajian terhadap had laju kenderaan di lebuh raya, seingat saya sejak 1980 an.

“Tiba masa untuk buat kajian semula. Sama ada sesuai dengan kelajuan 90 kilometer sejam, atau 110 kilometer sejam, biar lah realistik dan logik,” katanya lagi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/Utaranews.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.