`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 26, 2014

MASJID ENAM TINGKAT DIBINA DI PULAU PINANG !!!


Perunding menyampaikan taklimat mengenai pembinaan projek Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.

BAYAN BARU - Masjid Jamek Sungai Nibong Besar yang akan dibina semula menjadi masjid pertama mempunyai enam tingkat akibat kekurangan tanah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, projek naik taraf untuk menambah kapasiti kerana ruang sedia ada tidak dapat menampung keperluan jemaah yang semakin ramai.

Beliau berkata, reka bentuk yang dicadangkan mempunyai enam tingkat ruang solat serta tempat mengambil wuduk di setiap tingkat.

Kemudahan lain yang disediakan ialah lif, ruang untuk pejabat, pengurusan jenazah, kuliah, tandas dan setor.

"Sebanyak RM10.2 juta diperlukan untuk pembinaan semula masjid dengan keluasan 40,000 kaki persegi.

"Ia mampu memuatkan 2,448 jemaah dalam satu masa di dewan solat berkeluasan 28,000 kaki persegi," katanya selepas melancarkan dana dan laman web pembinaan semula Masjid Sungai Nibong Besar di sini kelmarin.

​Turut hadir ​Pengerusi Qariyah Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Abdul Wahab Abdul Latif.

Keluasan ​masjid itu masa kini hanya 5​,000 kaki persegi dengan ​memuatkan ​800 jemaah​. Ia mempunyai 6,500 ahli qaryah.

Reka bentuk Masjid Sungai Nibong Besar berasaskan kepada bentuk geometri segi empat bagi mendapatkan ruang secara efisien dan optimum.

Masjid Jamek Sungai Nibong Besar ​yang ​terletak berhampiran Jalan Sultan Azlan Shah dibina atas tanah milik Majlis Agama Islam ​Negeri ​

Pulau Pinang ​(Mainpp) ​pada 1930 dan dibina semula pada 1970.

​Menurutnya, pembinaan masjid baru dijangka bermula ​tahun hadapan dan siap pada 2016.

Wan Salim berharap pembinaan ​nya akan berjalan lancar dan setakat ini berjaya mengumpul RM1.5 juta.

Orang ramai yang ingin ​menyalurkan sumbangan boleh melayari laman​ ​web www.masjidsnb.com untuk maklumat lanjut atau menghubungi Mohd Noor Kamaruddin di talian 019-4941941.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.