`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 21, 2014

MELAYU DIANGGAP RASIS BILA BELA KAUM DAN AGAMA

Bila Cina dan India pertahankan hak kononnya terpinggir tetapi orang Melayu pula dianggap rasis.
Datuk Abdul Kadir JasinPETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Datuk Dr A. Kadir Jasin berkata ramai orang Melayu Islam mula keliru dan curiga dengan pelbagai gagasan, dasar, slogan dan rancangan yang dibuat oleh pemimpin Melayu Kontemporari Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Mereka mula didedahkan oleh media baru/siber kepada fakta dan angka yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya makin tertinggal dan terkebelakang berbanding orang keturunan perantau. Mereka tidak menelan bulat-bulat lagi propaganda dan percubaan tutup buruk (whitewash) media arus perdana.
“Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei),” katanya.
Kadir turut berkata, ramai pemimpin Melayu Islam tidak faham asas kuasa Melayu. Yang mana asas Melayu bukan ekonomi tetapi asas mereka adalah politik.
Jelas Kadir, selepas era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad kepimpinan sekarang mula melakukan kesilapan satu demi satu sehingga mereka menjadi bahan caci, fitnah dan benci oleh orang Cina dan India.
Walaupun ada segelintir orang Melayu yang berani bersuara mempertahankan hak mereka namun mereka tetap dilabel ‘racist’ (perkauman) serta dianggap ‘extremist’ (pelampau) apabila mempertahankan Islam.
Jelas beliau, apabila orang Cina dan India mempertahankan bangsa dan agama mereka, mereka ini digambarkan sebagai orang yang terpinggir yang dianaktirikan.
“Kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu Islam.
“Mereka mula bersuara di luar kerangka politik parti. Mereka tidak lagi yakin sepenuhnya terhadap komitmen kepemimpinan Melayu Islam sama ada di sebelah pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Melayu dan Islam,” katanya.
Jelas Kadir, pada era Abdullah dan Najib bukan sahaja kuasa politik Melayu yang semakin luntur malah undang-undang yang dibuat oleh orang Melayu semasa mereka kuat sudah mula disia-siakan dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kini cadangan memansuhkan Akta Hasutan pula diperjuangkan oleh golongan liberal.
“Semua ini adalah hasil ketohoran pemikiran dan kebutaan sejarah di kalangan elit politik Melayu Islam masa kini. Mereka mudah termakan dan menelan “hook, line and sinker” segala bentuk diayah golongan liberal Barat,” ujarnya.
Tambah beliau, untuk melihat UMNO terus menjadi tunjang kepada kuasa Melayu Islam akan dapat diterjemahkan pada Perhimpunan Agung 25-29 November ini sama ada perhimpunan yang menandakan pengakhiran UMNO atau perhimpunan yang memulihkan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.