`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Thursday, October 9, 2014

Menteri Dedah Punca Ekstradisi Rizalman Ke New Zealand Ditangguh

Thursday, 9 October 2014
Menteri Dedah Punca Ekstradisi Rizalman Ke New Zealand Ditangguh

Menteri Pertahanan Datuk Hishammuddin Hussein hari ini menyalahkan New Zealand kerana penangguhan ekstradiksi suspek serangan seksual, Muhammad Rizalman Ismail.

Hishammuddin yang enggan mengulas lanjut perkara itu hanya mengatakan segala hal mengenai ekstradasi adalah terletak kepada keputusan Wellington.

"Apa yang saya tahu, ia adalah di pihak mereka," kata Hishammuddin pada sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Media pada Julai lalu mendedahkan Rizalman terlibat dalam jenayah seksual di New Zealand tetapi dihantar pulang ke Malaysia kerana memiliki imuniti diplomatik.
Isu tersebut menimbulkan kontroversi di New Zealand, terutamanya kegagalan mendakwa tertuduh jenayah seksual itu.

Apabila ditanya lebih lanjut, beliau hanya berkata tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai itu.

"Saya tidak punyai data mengenai itu sekarang," katanya.

Selasa lalu DAP mempersoalkan mengapa Putrajaya masih belum menghantar Rizalman ke New Zealand.

Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Sing Deo berkata, selepas lima bulan isu tersebut  masih berlanjutan dan Rizalman masih belum dihantar. Perkara ini bukan suatu petanda baik bagi hubungan di antara kedua-dua negara.

"Sudah 5 bulan sejak insiden yang dituduh berlaku tapi kita tidak lihat ada jalan penyelesaian.

"Saya desak perdana menteri jelaskan mengapa ia ditangguhkan. Beliau perlu beritahu rakyat apa yang berlaku sepanjang 5 bulan lepas dan adakah pentadbirannya masih menghormati janji untuk menghantar Rizalman pulang ke New Zealand," kata Gobind

Rizalman berdepan pendakwaan kerana melakukan serangan seksual dan dikatakan cuba merogol Tania Billingsley, 21, di kediamannya pada Mei lalu.

Beliau pulang ke Malaysia menggunakan imuniti diplomatik walaupun ditahan atas cubaan merompak dan merogol. Dia didakwa di mahkamah pada 10 Mei.

Rizalman sepatutnya dihantar pulang pada 16 Julai lalu, namun Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata tarikhnya masih belum diputuskan kerana keadaan kesihatan mental dan emosinya masih dalam pemerhatian.

Penghantaran pulang Rizalman terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu selepas doktor mengarahkan dua ujian psikologi dilakukan terhadapnya kerana petugas diplomatik itu kelihatan mengalami masalah mental dan kemurungan. 

malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.