`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 8, 2014

Minyak Naik Harga Barang Keperluan Pun Naik, Ini Bukti Nya...

Sedia import barang keperluan atasi kenaikan harga [gambar fail]
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia mengimport lebih banyak barang keperluan seperti ikan, sayur, dan daging dalam usaha menangani kenaikan harga berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah sama pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini dan ia ternyata berjaya menstabilkan semula harga barangan berkenaan.

Beliau berkata hanya dengan lambakan barangan keperluan itu mampu memastikan kenaikan harga barang tidak berlaku sekali gus mengurangkan bebanan rakyat.

"Kementerian akan mengimport barangan keperluan tersebut jika berlaku kekurangan bekalan.

Walaupun ia tidak digalakkan tetapi ini merupakan satu alternatif kementerian untuk mengatasi kenaikan harga barangan berikutan pengurangan subsidi minyak," katanya.

Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan korban Perdana Parlimen Bera membabitkan 150 ekor lembu di perkarangan Masjid Daerah Bera di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus nelayan akan menceburi penternakan ikan sangkar dalam laut, manakala selebihnya akan menyertai penternakan ikan sungai menjelang tahun 2020.

Ismail Sabri berkata setakat ini tidak sampai 10 peratus nelayan sama ada nelayan laut dan nelayan sungai yang terlibat dalam bidang berkenaan.

"Kita berharap dalam pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat ini, peruntukan kepada kementerian akan ditambah bagi membolehkan lebih banyak projek dapat dilaksanakan untuk golongan petani, penternak dan peladang di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata lebih 1000 buah lagi pasar tani akan diwujudkan menjelang tahun 2020 di seluruh negara dan menurutnya ketika ini terdapat 500 pasar tani.

Katanya, ia dapat membantu golongan petani dan peladang memasarkan terus hasil ladang selain dapat mengurangkan cengkaman orang tengah, manakala penguna pula mendapat harga murah dan barangan segar.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.