`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 2, 2014

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... HARGA PETROL RON95 DAN DIESEL DINAIKKAN 20 SEN SELITER UNTUK PERBETULKAN CARA KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK BERSEDEKAH KATA PUTERI UMNO MALAYSIA.



"WAJARKAH KERAJAAN DIBELASAH KERANA MEMBETULKAN CARA MEREKA BERSEDEKAH"

Coretan ringkas


Dari petang tadi whatapp masuk bertalu-talu bertanyakan kepada saya adakah benar subsidi Ron 95 dan Diesel akan ditarik balik 20 Sen tengah malam ini. Ya benar, memang subsidi ditarik balik 20 sen dan harga Ron 95 dan Diesel akan naik 20 sen. Walaupun berat hati ini hendak menjawab, suka tidak suka kita terpaksa menjelas duduk sebenar perkara ini.


Pelbagai jawapan kita boleh berikan untuk menghalalkan kenaikan ini, namun perasaan amarah rakyat tidak mungkin akan menerima berita kenaikan bahan api ini dengan fikiran yang rasional, walaupun mereka sedar sistem pengagihan subsidi bahan api kita memang tidak rasional.


Mana datang rasionalnya jika si miskin dengan si kaya menikmati nilai subsidi yang sama iaitu 47 sen seliter untuk Ron 95, sedangkan penggunaan si kaya berlipat kali ganda lebih besar dari si miskin.


Mana datang rasionalnya jika warga kita terpaksa berkongsi kadar yang sama dengan warga asing, sedangkan kitalah yang terpaksa membayar cukai bukannya mereka. Sejauh mana arahan penguasa agar mereka hanya menggunakan minyak tanpa subsidi kita, Ron 97 dipatuhi. Paling cuma, sekadar di stesyen minyak bersempadan dengan negara asal mereka.


Suka tidak suka kita kena terima hakikat bahawa subsidi bahan api tidak boleh diagih secara pukal lagi. Kek kekayaan ekonomi negara harus diagihkan mengikut 'Fiqh Alaulawiyaat' iaitu mengikut urutan keutamaan.

Mereka yang susah harus diberi keutamaan berbanding dengan mereka yang senang.


Hari ini, jika subsidi pukal untuk Ron 95 berkadar 47 sen, pemilik kancil hanya akan menerima RM11.19 jika tangki penuh mereka muat diisi dengan Ron95 sebanyak RM50. Manakala rakyat golongan sederhana menikmati subsidi sebanyak RM33.57 jika mereka mengisi tangki penuh Perdana V6 mereka sebanyak RM150. Ya, 3 kali ganda lebih tinggi. Ini belum lagi jika seseorang itu menggunakan BMW, Mercedese, Land Crusier dan kereta mewah lain.

Lagi besar kenderaan mereka, lagi banyaklah duit rakyat yang terpaksa digunakan untuk subsidi mereka yang lebih berada. 


Dimana letaknya keadilan untuk mereka yang hanya mampu membeli motosikal atau yang langsung tak mampu membeli sebarang kenderaan.


Salahkah jika kerajaan mula sedar sekarang bahawa selama hari ini mereka bersedekah lebih kepada si kaya berbanding dengan si miskin dan sudah tiba masanya kesilapan silam ini diperbetulkan secara berperingkat?


Setiap tahun kita dicemuh kerana gagal mengemukakan bajet berimbang atau dengan bahasa rakyatnya, bajet yang memaparkan unjuran pendapatan melebihi unjuran perbelanjaan. Setiap kali belanjawan defisit dibentangkan di Parlimen, kerajaan dikecam sebagai tidak cekap dan tidak berhemah dalam berbelanja.


Pernahkah ada sesiapa perasaan bahawa kegagalan kita mengemukakan bajet berimbang ini boleh kita akhiri bila-bila masa dengan berhenti bersedekah berlebih-lebihan? Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa setiap tahun kerajaan akan bersedekah hampir 20% daripada pendapatan negara dalam bentuk subsidi.


Jika penarikan subsidi sebanyak 20 sen malam ini tidak dilakukan, untuk tahun ini sahaja, kita menjangkakan sebanyak 22.34 Billion ringgit terpaksa kerajaan belanjakan untuk subsidi Ron95 dan diesel. Dan itu hanya sebahagian daripada lebih kurang 40 billion ringgit yang kerajaan peruntukkan bagi keseluruhan subsidi 2014.


Saya akan bantah jika subsidi RM6 bagi setiap kampit 10kg beras ST Super Tempatan 15 ditarik balik. Kerana subsidi ini dinikmati oleh rakyat biasa. Si kaya sudah pasti akan menggunakan Basmathi atau Beras Wangi Siam, bukan ST15. Kita juga boleh membantah jika subsidi tepong, subsidi minyak masak serta subsidi gas masak ditarik balik. Namun dimana kewajarannya, jika kita membantah kerajaan menarik balik subsidi yang dinikmati LEBIH! oleh golongan yang berada berbandingan golongan miskin?


Memang senang untuk kita lemparkan cemuhan serta makian terhadap PM kita bila subsidi bahan api ini ditarik balik. Namun bila kita berjaya menjimatkan 4 billion ringgit tahun ini melalui penarikan subsidi Ron95 dan Diesel tahun lepas, penerima BRIM yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000 juga yang merasa nikmatnya bila bantuan BRIM mereka dinaikkan dari RM500 ke RM650.


Begitu juga bila PM mengumumkan subsidi gula ditarik 34 sen tahun lepas, rata-rata yang memaki beliau sebenarnya menggunakan gula tidak sampaipun 2kg sebulan. Yang rakyat tak sedar, sebenarnya kita berhenti bersedekah pada kilang biskut, kilang buat jem, kilang buat kordial serta kilang-kilang minuman berkarbonat yang menggunakan beribu kilogram gula sehari.

Sungguhpun PM dimaki, namun akhirnya bila kerajaan dapat menjimatkan 480 juta ringgit melalui penarikan subsidi gula tersebut, yang dapat nikmatnya rakyat yang berpendapatan rendah melalui pembinaan 70 biji Klinik Rakyat 1 Malaysia.


Sahabat....bukan semua benda yang kita nampak dengan mata kasar kita tidak baik dilakukan oleh kerajaan, maka ianya tidak baik untuk kita. Dan bukan semua benda yang kita lihat dengan mata kasar kita itu baik, sebenarnya belum tentu baik utk kita.

ULASAN OMAK KAU:-

KWAH KWAH KWAH ... KWAH KWAH KWAH .

Inilah gaya penjilat UMNO kalau berhujah ... naikkan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter bagi tujuan memperbaiki cara kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak bersedekah.

Dia ingat kalau RON95 dan Diesel naik 20 sen hanya setakat itu sahaja .. tiada kesan sampingan dan turutan hasil dari kenaikkan tersebut.

Sebagai contoh semua barang-barang keperluan terpaksa menggunakan pengangkutan untuk menghantar .. apabila Diesel naik 20 sen seliter bukannya setangki, ertinya kos pengangkutan sudah naik 10 peratus ... jadi kos tersebut siapa nak tanggung demi mengiyakan tindakan kerajaan UMNO/BN untuk memperbaiki cara bersedekah? .. Menteri? .. pemimpin-pemimpin UMNO/BN?  ahli-ahli Puteri UMNO Malaysia? .. sudah pasti para pengguna iaitu rakyat .

Yang paling tertekan nanti ialah para pengguna diluar bandar dan rancangan-rancangan FELDA iaitu lubuk UMNO paling kuat ... tertekan sebab mereka digolongkan sebagai rakyat berpendapatan rendah ... sedikit kenaikan harga barang-barang keperluan cukup memberikan kesan.

Bila masa kereta BMW, Mercedes Benz, Land Cruiser dll kereta jenama mewah guna pakai RON95?

Secara logiknya kos selenggara dan guna pakai kenderaan akan naik 10 peratus dari yang ada sekarang .. barang-barang keperluan akan pasti naik termasuklah bahan-bahan binaan .. apa jua barang-barang dalam negara ini akan naik harganya... itukah cara UMNO/BN bersedekah??? .. Memberi dan menambah susahkan rakyat????


Hujah Puteri UMNO Malaysia ini persis cuba nak menghina kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.