`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 23, 2014

PADAH!! GAMBAR BOGEL GADIS DISEBAR TEMAN LELAKI BARU


PADAH!! GAMBAR BOGEL GADIS DISEBAR TEMAN LELAKI BARU | Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.




Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.

Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, teman lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar bogel kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

“Pada mulanya suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya sekadar simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.

“Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut sebelum bertindak menghantar gambar separuh bogelnya,” katanya.

Bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk mendapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa menghantar gambar yang menampakkan keseluruhan badan.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang itu dengan niat untuk menakutkannya.

“Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek dengan menghantar gambar bogelnya,” katanya.

Jelas sumber lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya pada minggu lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ingin memastikan gambar terbabit tidak terus disebarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat mengesan suspek.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.