`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 12, 2014

Pakatan gesa Gani dedah sama ada kes Akta Hasutan kerana tekanan Umno

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menunjukkan tiket majlis makan malam pada 27 Oktober, 2014 bagi membantu mereka yang didakwa di bawah Akta Hasutan, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Oktober, 2014.Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menunjukkan tiket majlis makan malam pada 27 Oktober, 2014 bagi membantu mereka yang didakwa di bawah Akta Hasutan, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Oktober, 2014.
Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan sama ada menerima tekanan daripada Umno atau tidak dalam membuat pendakwaan terpilih ke atas pemimpin pembangkang akhir-akhir ini.
Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berkata, peguam negara perlu tampil menjelaskan berkenaan pertemuan yang diadakannya dengan pemimpin Umno pada 14 Ogos lepas.
"Adakah peguam negara bertindak menurut arahan daripada pemimpin Umno?" kata Mohammad atau Mat Sabu, selaku jurucakap PR, pada satu sidang media di ibu pejabat PAS pagi ini.
Susulan itu, Mat Sabu meminta Gani mendedahkan senarai nama pemimpin Umno yang menghadiri pertemuan tersebut.
"Siapakah dan bahagian Umno manakah yang terlibat dalam pertemuan kontroversi tersebut?" katanya.
Pemimpin PR lain yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.
Ironinya, Mat Sabu juga berkata, selepas pertemuan tersebut, berlakunya beberapa siri pendakwaan yang bermotifkan politik ke atas pemimpin pembangkang yang dilakukan pendakwa raya.
"Mengapakah peguam negara baru sekarang mengambil tindakan terhadap laporan polis yang sudah lama dibuat oleh ahli Umno (yang jelas bermotifkan politik) sejurus selepas pertemuan pada 14 Ogos itu?"
Kegagalan menjelaskan perkara tersebut akan menjejaskan keyakinan awam terhadap kebebasan dan pentadbiran keadilan, yang kini sudah tergugat, kata Mohammad.
Dalam pada itu, PR juga mendesak Gani menasihati pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memansuhkan akta penjajah tersebut yang menindas lawan politik mereka.
"Kami memberi amaran keras kepada peguam negara agar menasihati kerajaan supaya  memansuhkan akta drakonian ini dengan kadar segera seperti yang dijanjikan perdana  menteri," katanya.
Katanya, PR mahu pendakwaan ke atas mana-mana individu ditarik semula.
Di sidang media sama, jurucakap Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), Yap Swee Seng (gambar, kiri) mengumumkan satu majlis makan malam mengutip dana pada 27 Oktober nanti.
Menurut Yap, yang juga pengarah eksekutif Suaram, wang itu akan digunakan bagi membantu mangsa berdepan pendakwaan mengikut akta tersebut.
Sejak kebelakangan ini, pihak yang lantang bersuara ditekan Putrajaya dengan beberapa siri tindakan mengikut Akta Hasutan. Mereka termasuk pemimpin PR, ahli akademik,  pendakwah dan aktivis.
Langkah Putrajaya tersebut menerima kritikan banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan, Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi antarabangsa, Amnesty International Malaysia.
Semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Putrajaya akan terus mengekalkan akta itu selagi tiada undang-undang baru bagi menggantikannya digubal.
Mereka yang bersalah di bawah akta tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara, didenda, atau kedua-duanya sekali.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.